tips copywriting berkesan untuk menghasilkan hasil iklan yang hebat

Tips Copywriting Berkesan: 5 Latihan Untuk Tambah Baik Penulis Iklan

Kami akan kongsi kepada anda 5 tips copywriting berkesan yang boleh membantu proses anda dalam menghasilkan ayat iklan.

Sebelum itu, anda perlu tahu apa itu copywriting dalam iklan.

Copywriting itu sendiri adalah proses menulis perkataan-perkataan untuk mengajak orang membeli produk atau servis bisnes kita.

Nak jadi hebat dalam sesuatu bidang anda perlukan latihan. Atlet ada sistem latihan mereka, pelakon ada sistem latihan mereka, seorang penulis iklan juga perlu ada sistem latihan sendiri. 

Mereka sentiasa melihat contoh copywriting yang hebat yang mereka temui untuk terus memperbaiki penulisan mereka.

Kemampuan menulis iklan dengan baik akan memberi pulangan tinggi dalam perniagaan. Tips copywriting berkesan ini telah digunakan semua penulis iklan profesional. 

Ini adalah lima latihan yang anda boleh cuba untuk menjadi seorang penulis iklan profesional.

“The written word is the strongest source of power in the entire universe.”

Gary Halbert

1. Tambah Baik Iklan Orang Lain

Setiap hari anda akan nampak berpuluh iklan. Buka Facebook akan ada iklan lalu, sambil memandu nampak iklan di papan iklan (billboard), bersiar-siar di pasar raya akan nampak iklan juga.

Setiap kali anda baca iklan ini, cuba tanya soalan-soalan ini dalam kepala anda.

“Bagaimana aku boleh jadikan iklan ini lebih baik?”

“Bagaimana aku nak jadikan iklan ini lebih menarik?”

“Adakah iklan ini mencapai objektif copywriting dalam menarik orang membeli?”

fungsi copywriting yang berkesan boleh dicapai dengan melatih diri dalam menambahbaik iklan orang lain

Melalui kaedah ini, anda boleh melatih diri dengan melihat contoh copywriting orang lain.

2. Membina Bank Iklan (Swipe File)

Swipe file adalah senjata utama seorang penulis iklan.

Apa itu swipe file?

Ia adalah tempat untuk anda simpan semua iklan menarik yang anda pernah jumpa.

Pelbagai contoh copywriting yang anda boleh jumpa disekeliling anda.

Nak simpan iklan bagaimana?

Simpan mana-mana iklan yang membuatkan anda berhenti, tertarik, baca, daftar (signup), klik, tergelak atau terkejut.

Nak simpan di mana?

Di mana sahaja yang mudah bagi anda. Ada yang simpan di Telegram, ada di Notion, ada di Google Drive.

Selepas ini, sebelum anda mula menulis iklan, rujuk swipe file terlebih dahulu untuk mendapatkan inspirasi. Dengan swipe file kita tidak perlu lagi bermula daripada kosong.

Dua contoh laman web dibawah yang menyediakan bank iklan sebagai inspirasi.

i) Swiped.co

ii) Swipefile.com

3. Berlatih dengan menyalin Iklan (Copywork)

Copywork adalah aktiviti menyalin iklan-iklan yang dihasilkan penulis iklan lagenda seperti David Ogilvy & Gary Halbert. Ini merupakan salah satu tips copywriting berkesan paling terkenal dan sering digunakan.

Baca iklan dan salin semula satu demi satu perkataan.

Untuk dapatkan kesan terbaik, saya galakkan anda menulis gunakan pen dan kertas.

Dengan meniru, secara tidak langsung anda sedang muat turun rangka kerja (framework), cara menulis, struktur ayat daripada lagenda ke dalam otak anda.

Sebagai contoh anda boleh tulis semula iklan di bawah ini.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

4. Baca Ayat Iklan Dengan Kuat

Selesai sahaja anda menulis iklan, cuba baca iklan anda dengan kuat. (jangan baca dalam hati)

Nampak macam renyah kan? Kenapa pula nak kena baca kuat-kuat. Tetapi percayalah, dengan cara ini anda lebih mudah nampak kesalahan dan kekurangan dalam ayat iklan.

Ini merupakan satu latihan afirmatif dalam membina iklan.

Pertama, pastikan ayat anda tidak kekok. Ayat yang baik membuatkan anda rasa seolah-olah anda sedang berbual dengan seseorang

Kedua, kalau anda rasa ayat anda janggal, ada yang tidak kena. Perbaiki ayat anda.

5. Belajar Tulis Tajuk (Headline)

Headline adalah komponen paling penting dalam iklan. Kalau orang tidak tertarik dengan headline, mereka akan skip iklan anda. 

Bila jumpa iklan dalam Facebook kita akan terus scroll laju-laju kan biasanya?

Kita ada 3 saat sahaja untuk tarik perhatian prospek.

Kalau prospek tengok headline tak menarik perhatian, dia akan skip. Sebab itu anda perlu luangkan lebih masa untuk menulis headline berbanding isi kandungan.

Ini contoh latihan mudah menulis headline:

  1. Tulis satu headline. Jangan risau sama ada ia menarik atau tidak.
  2. Tulis variasi headline daripada headline pertama. Tulis sebanyak mungkin.

Contoh – contoh headline yang boleh anda hasilkan seperti dibawah:

  • Cara menjana idea konten
  • 10 cara jana idea konten
  • 10 cara mudah jana idea konten
  • Jana idea konten untuk setahun dalam masa sehari

Fungsi headline adalah untuk menarik orang untuk berhenti dan membaca keseluruhan iklan kita. Copywriting pula adalah untuk menarik orang membeli dengan kita.

Kebiasaannya idea pertama adalah sampah. Kita perlu keluarkan sampah terlebih dahulu sebelum dapat hasilkan idea yang lebih menarik.

Jika anda amalkan latihan ini secara konsisten, inshaAllah anda akan jadi seorang penulis iklan yang baik.

Kuncinya adalah konsisten.

Tiada jalan pintas.

Pesanan akhir, untuk menjadi seorang yang hebat dalam apa kemahiran sekali pun, kuncinya adalah berlatih dengan konsisten untuk jangka masa panjang. Tiada jalan pintas.

“Practice is the price of mastery”

Brian Tracy

Apa lagi tips copywriting berkesan yang anda gunakan selain latihan di atas? Kalau ada, anda boleh kongsikan kepada kami disini.

Jika anda ada sebarang maklumbalas, sila emel kepada kami di sini supaya kami dapat memperbaiki konten-konten kami di masa akan datang.

Anda juga boleh membaca lagi perkongsian kami terhadap pelbagai konten pemasaran disini.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Leave a comment

  1. Contoh Copywriting: Jenis, Cara, Langkah Dan Formula Lengkap Membina Copywriting Berkesan
    Permalink
  2. Contoh Copywriting Terbaik: Contoh Inspirasi Copywriting Terbaik Dari Perodua Myvi | Monocal
    Permalink
  3. Cara Tulis CTA: Cara CTA Mudah Sangat, Sales Naik Meroket Dengan CTA Betul | Monocal
    Permalink