6 Sebab Anda Perlu Outsource Marketing Untuk Tingkatkan Sales Bisnes
“Boleh guarantee result ke outsource (marketing) with agency ni?”
ANONYMOUS
Nak outsource marketing ni bukan perkara mudah bagi sesetengah bisnes. Banyak faktor nak kena ambil tahu, tambah juga tak banyak agensi luar yang betul-betul tahu cara tolong niche bisnes yang berbeza.
Kalau anda berniat nak outsource digital marketing dengan harapan digital marketing adalah lubuk emas dan harapkan bulan bintang jatuh ke riba, anda akan kecewa.
Artikel kali ini khas untuk anda yang percaya dengan usaha dan disiplin dalam dunia teknologi!
Agensi digital marketing membantu bisnes berkembang melalui channel digital marketing seperti social media dan search engine. Dan kami nak ceritakan bagaiman agensi dapat bantu dapatkan result untuk bisnes anda kalau anda putuskan untuk outsource digital marketing anda.
1 – Kepakaran Bidang
Mungkin anda perlukan kepakaran orang yang buat Social Media Advertising, mungkin anda perlukan orang yang pakar buat email marketing, SEO, dan macam-macam lagi. Mustahil untuk anda sebagai pemilik bisnes untuk ambil orang yang pakar semua bidang ni untuk buat marketing in-house bisnes anda.
Di situlah perlunya untuk outsource. Anda perlu tahu tugas apa yang anda nak outsource tu. Contohnya Monocal adalah agensi yang fokus kepada performance marketing iaitu merangka strategi paid ads, buat heavy testing dan buat keputusan berdasarkan data-data semasa.
2 – Masa dan Sumber
Selain daripada kepakaran dalam bidang marketing, agensi digital marketing luar juga ada sesuatu yang anda sebagai pemilik bisnes tiada iaitu masa dan sumber.
Nak uruskan launch produk baru dalam masa yang sama masih perlu hasilkan stok berkualiti dan jaga pelanggan setia? Bukan ke banyak kerja dalam satu masa?
Dengan outsourcing, anda dapat serahkan hal promosi launch produk pada agensi luar. Dan mereka juga tahu dimana nak cari orang yang berminat dengan produk anda, orang yang mungkin berminat dan orang yang memang setia dengan produk anda.
Mereka ada masa dan sumber yang berharga untuk bantu bisnes anda dapat pelanggan yang berkualiti, jadi sales dan result yang anda akan dapat pun mantap.
3 – Return Melebihi Investment
Mungkin ada yang rasa berat hati nak bayar agensi luar untuk buatkan untuk marketing bisnes kita, tapi kena ingat, anda hanya perlu bayar harga tetap setiap bulan dan berpotensi dapat hasil yang meningkat setiap bulan.
Duit yang anda invest pada agensi luar tentu akan beri return yang berbaloi pada bisnes.
4 – Perspektif Luar Yang Berharga
Ada juga yang rasa, “ini kan agensi luar, mereka mana kenal bisnes kita,”, jadi buat apa upah agensi kan. Ini persepsi yang salah sebenarnya, biasanya agensi mempunyai pengalaman menguruskan marketing bagi pihak klien daripada pelbagai bidang.
Di Monocal sendiri, kami akan buat research yang menyeluruh dahulu sebelum buat iklan. Kaji produk klien, kenal pelanggan, tahu di mana pelanggan berada dan kaji pesaing. Kami cuba faham bisnes klien daripada A ke Z.
Bila dah ada kefahaman tentang bisnes, agensi dapat beri pendapat marketing dari perspektif yang berbeza.
Dan selalunya perspektif berbeza inilah yang membantu anda dapatkan jualan baru sebab agensi mampu membawa pendekatan marketing yang berbeza.
5 – Usaha Scaling Yang Konsisten
Nak scale up bisnes perlu lakukan banyak testing, ia adalah kerja yang renyah. Selain daripada testing, banyak juga data yang perlu diperhatikan dan dianalisis. Jadi, dengan agensi luar, anda tak perlu pusing kepala nak uruskan data, testing dan analisis.
Semua ini agensi luar akan buat, dan mereka mampu scale up bisnes anda secara konsisten. Mereka ada pakar marketing yang bekerja sepenuh masa untuk pantau prestasi marketing bisnes anda, jadi scaling bukanlah perkara yang akan dibuat secara terburu-buru.
Scale up bisnes anda dengan bantuan agensi luar lebih selamat dari segi kewangan sebab mereka tahu apa yang patut dibuat pada waktu yang tepat.
6- Marketing Channel Yang Pelbagai
Melalui outsourcing juga, anda dapat pelbagaikan lagi marketing channel anda. Sebelum outsource agensi marketing anda mungkin bergantung sepenuhnya pada organic website traffic sahaja, tapi dengan outsource anda boleh ada 3-4 channel baru.
Anda boleh cuba social media marketing, boleh cuba SEO, boleh tingkatkan website traffic atau email marketing. Pada yang sama anda masih boleh buat content marketing di social media bisnes anda dan website.
Lebih banyak channel marketing yang anda buat, lebih banyak result yang anda akan dapat dalam bentuk sales!
Jadi, anda rasa berbaloi tak outsource agensi digital marketing luar?
Jom dapatkan konsultasi percuma dari Monocal. Anda boleh juga connect dengan Monocal melalui channel pilihan anda di sini.