Pay Per Click Marketing

PPC Marketing Dan Google Ads: Cincin Dan Permata Digital Marketing? 4 Panduan Bagi Marketer Dan Business Owner

Pay per click marketing, atau PPC marketing, dah banyak digunakan, lebih-lebih lagi bagi company besar macam Apple atau Amazon.

Jadi, apa sebenarnya PPC ni sampai company besar pun guna teknik marketing ni?

Post kali ni nak cerita pasal PPC dan macam mana nak mula buat PPC marketing 🚀🚀🚀


Benda pertama kita perlu faham pasal PPC marketing ni adalah maksudnya. ‘Pay per click’ bermaksud setiap kali ada click, ada pay.

Click apa? Pay pada siapa? PPC marketing adalah marketing dimana kita akan buat iklan, dan setiap kali ada orang tekan iklan kita, kita perlu bayar pada orang yang mengiklankan iklan kita. Contohnya macam ni;

Contoh PPC Marketing dengan keyword “digital marketing” dan “Malaysia”

Semua site yang bertanda ‘ad’ menggunakan teknik PPC ni. Search engine advertising adalah salah satu bentuk PPC yang ramai guna, macam dalam gambar atas ni.

Kita sebagai company akan letak bid pada keyword dan search engine tersebut akan letak ad pada ad placement yang berkaitan keyword yang kita pilih.

Macam dalam gambar atas, keyword yang diguna adalah “digital marketing” dan “malaysia”. Sebab bila kita search “digital marketing” saja, iklan yang keluar akan berbeza pula.

Contoh PPC Marketing dengan keyword “digital marketing”

Tapi, untuk PPC marketing, kita lebih fokus pada menarik visitor ke site, daripada fokus untuk sales.

Setiap kali ada click pada iklan kita, kita bayar kepada search engine, macam dalam kes gambar ni, kita bayar kepada Google.

PPC yang powerful akan buat bayaran kita pada Google jadi berbaloi sebab click tu membantu revenue. Contohnya, daripada satu click yang kita dapat, orang yang click tu beli produk bernilai RM200. Jadi, apa yang kita bayar pada Google berbaloi sebab dapatkan kita sales RM200.

Sebab tu penting juga untuk kita ada website yang mantap, jom baca tips untuk optimize website di sini.

Kaitan Google Ads dan PPC

Kaitan Google Ads dan PPC Marketing

Google adalah sistem PPC advertising yang paling popular dalam dunia. Semua orang guna Google. Dan Google Ads akan buat iklan di Google dan lain-lain site milik Google.

Setiap kali ada orang search keyword di Google, Google akan cari dari ‘pool of ad avertisers’ dimana semua orang yang bid keyword tadi semua tersenarai, dan Google akan pilih ‘winners’.

Winners dipilih berdasarkan faktor macam kualiti, kesesuaian content dengan keyword, ad campaign dan juga size keyword bids mereka.

Website yang dipilih untuk muncul atas sekali setiap kali orang search sesuatu keyword dipilih berdasarkan 2 faktor utama.

  • CPC Bid: dimana Google akan pilih siapa yang sanggup bayar paling tinggi untuk sesuatu keyword. Dan kedua;
  • Quality Score: dimana nilai website akan diambil kira melalui relevance, click-through rate, dan kualiti landing page.

Jadi, untuk pasti kan PPC marketing yang kita buat tu berjaya, kita perlu fokus pada empat aspek ni;

#1 Keyword Relevance

Bina list PPC keywords yang relevan, ada sinonim keyword, dan ada ad text yang sesuai dengan keyword.

#2 Landing Page Quality

Pastikan landing page yang ada dibuat dengan elok dan dah optimized dengan content relevan, CTA yang jelas, dan dapat menjawab soalan yang spesifik dari pelawat site.

#3 Quality Score

Quality score bergantung pada Google atau advertisers, jadi, pastikan kesesuaian antara PPC keyword, content dan juga landing page mantap. Lebih tinggi qualiti score, lebih banyak klik pada harga yang lebih rendah.

#4 Creative

Buat ad yang menarik secara visual dan pastikan design creative akan menarik lebih banyak click.

Keyword Research

Keyword research

Buat research memang sesuatu yang penting bagi semua bidang, tak lain juga dengan PPC keyword search. Memang ambil waktu yang lama dan perlukan kepakaran dan kerjasama banyak pihak.

Senarai keyword macam mana yang kita nak?

  • Relevan: kita nak web traffic yang 100% berkaitan dengan niche bisnes, bukan yang tiada kaitan, jadi kita nak keyword yang akan membawa kepada lebih banyak click, tingkatkan keuntungan dan juga lebih cost effective setiap click.
  • Exhaustive: bukan saja keyword tu perlu relevan, tapi perlu juga exhaustive, atau pun menyeluruh. Senarai keyword perlu masuk perkataan yang relevan, popular dan selalu dicari oleh orang dalam niche.
  • Expansive: expansive atau meluas bermaksud keyword kita perlu bantu campaign kita meluas dan berkembang dan bantu bina environment dimana keyword kita akan dapat adapt.

Untuk pastikan PPC campaign kita berjaya, boleh juga check popular keywords untuk bantu kita buat campaign.


Untuk post kali ni, sampai sini saja perkongsian tentang tajuk PPC marketing. Jom follow Twitter, Facebook, dan Instagram Monocal supaya tak terlepas info menarik tentang marketing dan bisnes.

Atau, boleh juga tinggalkan emel anda di sini dan kami akan terus hantar info terbaru marketing dan bisnes terus ke inbox anda!

Bagi yang nak Monocal buatkan PPC marketing untuk bisnes anda pun boleh, jom isi detail di sini dan Monocal akan hubungi anda sepantas kilat! ⚡🚀🚀🚀

Leave a comment