Metrik Scale Up Penting Yang Perlu Diperhatikan
Ini adalah metrik scale up penting yang anda perlu perhatikan semasa scale up.
“Basically metrik ni just untuk kita set expectations, have a general guideline on how to know you have problem or not,”
NADEEM
Ada dua variables yang perlu diperhatikan bila nak scale up iaitu qualitative dan quantitative. Dalam artikel kali ini kita akan bincangkan tentang quantitative variable yang kita perlu tahu; metrik dan perkara teknikal.
Dalam framework untuk scale up, kita sangat pentingkan perkara asas. Sebab itu kita perlu bagi perhatian penuh pada metrik yang perlu kita ukur sebelum, semasa dan selepas scale up berlaku.
Metrik dan data ini penting untuk bantu kita buat keputusan yang lebih baik bila nak scale up.
Setiap peringkat ada metrik dan data berbeza yang perlu kita perhatikan. Ini adalah metrik scale up yang penting kita perhatikan.
1 – Peringkat bisnes
Bila kita nak scale up, ada beberapa metrik penting berkaitan bisnes yang kita perlu tahu. Berapa margin keuntungan, berapa banyak pelanggan biasa belanja dengan kita dan berapa pulangan pelaburan marketing kita.
Pastikan kita tahu berapa nilai bagi setiap metrik ini supaya lebih mudah untuk kita merancang pelan dan bajet marketing kita.
Ini 5 metrik peringkat bisnes yang anda perlu tahu.
5 Peringkat Bisnes
i) Margin keuntungan – Berapa untung bagi setiap jualan
Jualan – kos = untung
ii) Customer Acquisition Cost (CAC) – Berapa kos untuk dapatkan pelanggan baru.
Formulanya CAC adalah = Perbelanjaan marketing / Bilangan pelanggan baru
Katakan kita keluarkan RM1,000 untuk dapatkan 100 pelanggan baru, bermaksud CAC kita bersama RM100.
Pastikan CAC kita tidak lebih daripada keuntungan per produk. Lebih rendah lebih baik.
iii) Average Order Value (AOV) – Berapa banyak yang pelanggan belanjakan bila mereka beli produk kita.
Ada pelanggan yang beli 1 unit, ada pelanggan beli 2 unit. Dapatkan berapa purata perbelanjaan bagi satu pelanggan.
Formula AOV = Jumlah jualan / Bilangan order
Antara cara untuk tingkatkan AOV adalah dengan upsell dan pakej combo.
iv) Lifetime Value (LTV) – Berapa banyak pelanggan belanja sepanjang hidup mereka. Berapa kali mereka repeat order.
Agak sukar untuk kita kira berapa LTV bagi tempoh yang panjang. Untuk mengira nilai LTV dengan lebih tepat anda perlukan data yang banyak bagi satu tempoh yang panjang.
Jadi mungkin anda boleh mulakan dengan mengira LTV untuk tempoh 3 bulan dahulu. Kira berapa banyak satu pelanggan belanjakan sepanjang 3 bulan.
Sama macam AOV, making tinggi LTV makin bagus.
v) Return On Ad Spend (ROAS) – Pulangan bagi perbelanjaan marketing
Lagi tinggi ROAS lagi bagus sebab bila ROAS tinggi, maksudnya pulangan banyak dari apa yang kita belanjakan. Dan ini kita perlu ukur setiap hari, minggu atau bulan untuk pastikan kita tak belanja banyak sangat semasa scale up.
2 – Peringkat kreatif
Untuk peringkat kreatif pula, kita nak pastikan metrik scale up kita, kreatif, yang dihasilkan berkesan untuk mendapatkan jualan dan kena dengan hati pelanggan.
Jadi, antara metrik yang kita perlu tengok semasa nak scale up peringkat kreatif adalah;
i) Headline – Bila kita nak ukur keberkesanan headline, kita ukur Click Through Rate (CTR). Bila banyak klik, maksudnya orang suka dengan headline kita. Jadi, lagi tinggi CTR , lagi bagus.
Dah dapat CTR yang okay kita boleh teruskan untuk scale up.
ii) Copy – Bila nak ukur keberkesanan copy pula, kita perlu ukur Outbound CTR. Sama macam headline tadi, kita nak tengok berapa ramai yang tekan link pada ads kita untuk tengok produk yang kita iklankan tu betul betul.
iii) Video – Bila nak ukur keberkesanan video, kita perhatikab metrik Average Watch Time atau 3s View. Ringkas je, lagi tinggi purata orang tengok video, lagi menarik video tersebut.
Kita perlu cuba untuk optimumkan setiap bahagian dalam kreatif kita sebelum kita scale up. Perlu cantikkan metrik scale up kita.
3 – Peringkat platform
Kenal pasti platform apa yang kita guna untuk buat marketing. Dalam artikel ini kita hanya bincangkan mengenai Facebook. Ini antara perkara penting anda perlu tahu tentang metrik scale up Facebook:
Objective – Mungkin kita nak lebih ramai orang kenal brand kita, jadi kita guna Awareness. Kalau kita nak orang orang komen dan like, kita guna metrik Engagement. Kena tahu apa objektif kita untuk tahu apa yang kita nak ukur.
Conversion Rate – Berapa ramai yang beli produk kita daripada semua yang tengok iklan kita. Bila conversion rate tinggi, itu adalah waktu terbaik untuk scale up sebab orang tengah rancak membeli produk kita.
Kesimpulan
Kalau kita tiada data sekalipun, perkara yang penting kita perlu buat adalah tanya diri sendiri metrik scale up mana yang kita nak tengok.
“Basically, kalau kita tiada data pun, we should be asking the questions lah, kat mana potential dropoff, kat mana drop point, so from there we can understand kat mana kita perlu tengok,”
NADEEM
Jadi, inilah metrik scale up yang penting untuk kita.