marketing copywriting - aspek penting dalam penulisan kempen pemasaran

Marketing Copywriting – Aspek Penting Dalam Menghasilkan Penulisan Kempen Pemasaran Yang Berkesan

Marketing copywriting adalah salah satu definisi lain bagi penggunaan copywriting yang bagus dan berkesan didalam satu-satu kempen pemasaran (marketing campaign). 

Kita boleh lihat beberapa aspek dalam copywriting kempen pemasaran yang penting untuk sesiapa yang mahu membina copywriting yang berkesan.

1. Kajian yang menyeluruh tentang kumpulan sasaran (target audience) produk atau servis yang ditawarkan.

marketing copywriting memerlukan kajian yang mendalam

Kajian yang terperinci dan mendalam tentang kumpulan sasaran yang tepat sangat penting dalam membina marketing copywriting yang berkesan. 

Apa masalah yang mereka hadapi? 

Apa yang menyebabkan keresahan terhadap masalah mereka? 

Apakah kesan masalah tersebut terhadap diri mereka dan orang yang penting kepada mereka?

Apa solusi yang pernah mereka cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut? 

Apabila kita sudah dapat menjawab soalan-soalan diatas dengan jelas, kita mampu untuk membina tawaran yang jelas dengan solusi menerusi servis atau produk yang kita ada.

2. Tulis dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami.

marketing copywriting perlu ditulis dengan bahasa yang mudah

Dalam penulisan marketing copywriting, tidak perlu untuk kita gunakan ayat-ayat yang terlalu canggih hanya untuk nampak hebat. 

Tiada siapa akan puji kita, atau akan ‘like’ mesej kita di media sosial dan sebagainya dengan menggunakan ayat yang canggih, bombastik dan sebagainya.

Tulis menggunakan ayat mudah, jelas, pendek, dan tanpa adjektif.

Kita bukan nak mengurat awek. Kita mahu kumpulan sasaran kita dapatkan servis atau produk yang kita tawarkan.

3. Sentiasa baca dan tapis ilmu yang kita dapat.

marketing cpoywriting memerlukan kita menapis informasi yang tidak perlu

Kajian pada tahun 2019 mengenai informasi yang terlalu banyak menyatakan bahawa informasi yang berlebihan bertindak seperti virus dan membahayakan kepada manusia.

Oleh itu, amat penting kepada copywriter yang menghasilkan marketing copywriting yang bagus, untuk sentiasa tapis informasi baru. 

Hanya guna informasi yang terbaik dalam menghasilkan copywriting yang berkesan.

Ramai penulis copywriting yang hebat dalam sejarah yang ilmunya tak lapuk dek zaman seperti Eugene Schwartz, Gary Halbert, Claude C. Hopkins, Jay Abraham dan lain-lain. 

Buku-buku mereka seperti Scientific Advertising (klik untuk dapatkan versi digital percuma) dan Breakthrough Advertising, masih relevan dan tak lapuk dek zaman. 

Buku-buku inilah yang menjadi rujukan para copywriter terkenal di pelbagai agensi-agensi pengiklanan diserata dunia.

Bagaimana caranya untuk hasilkan marketing copywriting yang berkesan? 

Sentiasa latih tulis copywriting hari demi hari, untuk menajamkan kemahiran copywriting anda.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

4. Jujur dalam penulisan.

marketing copywriting memerlukan kejujuran dalam penulisan

Anda perlu jujur dalam copywriting yang anda hasilkan. 

Tanya balik kepada diri anda sendiri, jika anda membuat testimoni, atau pengakuan yang salah terhadap apa yang anda tawarkan.

Bukan saja dari segi moral ia adalah perkara yang salah, malah dari segi agama, menipu dalam menulis juga salah. 

Perkara ini merupakan satu contoh copywriting yang teruk dan jangan diamalkan.

Mungkin anda boleh tarik pembeli sekali untuk mencuba servis atau produk anda. Akan tetapi, setelah mereka cuba, dan terbukti ia tidak berkesan, mereka akan hilang kepercayaan terhadap servis, produk dan jenama anda.

Tulislah dengan jujur. Itu merupakan satu tanggungjawab yang berat.

5. Jangan berhenti untuk menulis.

jangan henti tulis dalam menghasilkan marketing copywriting yang berkesan

Tidak ada istilah ‘writer’s block’ untuk para penulis sebenarnya.

Anda hanya perlu disiplin dalam penulisan. 

Bak kata novelis terkenal Amerika, Jack London:

“You can’t wait for inspiration. You have to go after it with a club.”

Jack London

Terjemahannya: 

“Anda tidak boleh tunggu inspirasi sampai. Anda perlu kejar inspirasi itu dengan kayu.”

Jack London

6. Kehebatan copywriting berada di dalam fasa edit.

marketing copywriting yang hebat berada didalam fasa edit

Seperti yang dikatakan Julian Shapiro, semua draft pertama yang anda tulis adalah teruk, dan kehebatan penulisan hanya akan muncul setelah mula edit.

Oleh itu, jangan risau akan draf pertama anda yang teruk. Anda akan terus memperbaiki tulisan anda dalam draf kedua dan seterusnya hingga versi terakhir.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Kami berharap sedikit sebanyak apa yang kami kongsikan disini dapat dipraktikkan oleh anda untuk membuat copywriting untuk kempen pemasaran yang berkesan. 

Jika anda ada sebarang maklumbalas, sila emel kepada kami di sini supaya kami dapat memperbaiki konten-konten kami di masa akan datang.

Anda juga boleh membaca lagi perkongsian kami terhadap pelbagai konten pemasaran disini.

Terima kasih.

Leave a comment