Mula Flywheel Marketing Dengan 6 Cara Mudah Sekarang! – Monocal
Dalam dunia marketing ni, macam macam jenis marketing ada, termasuklah flywheel marketing ni. Team digital marketing Monocal secara asasnya memang gunakan teknik flywheel semasa buat ads Facebook dan Instagram. Tapi, untuk faham flywheel marketing ni, kita perlu tahu dulu flywheel ni benda alah apa sebenarnya?
Flywheel ni berdasarkan Google Translate adalah “roda gila” tapi secara hakikinya, flywheel merupakan satu komponen penting berbentuk roda yang mencipta momentum dan menukarkan tenaga kinetik kepada fungsi lain macam motor atau elektrik. Umumnya kita tahu kalau ada roda mestilah ada putaran, kan? Roda berpusing dan cipta momentum.
Kuncinya disini adalah ‘flywheel’ merupakan roda untuk cipta momentum. Dan dalam flywheel marketing, roda ni mewakili komponen penting dalam marketing dimana kita akan putar untuk cipta momentum.
Jadi, post kali ni nak cerita tentang flywheel marketing dan macam mana bisnes kita semua boleh manfaatkan teknik ini.
- Flywheel Marketing Pertama – Pastikan Matlamat Bisnes
- Flywheel Marketing Kedua- Pastikan Metrik Yang Nak Dicapai
- Flywheel Marketing Ketiga – Senaraikan Komponen Penting
- Flywheel Marketing Keempat – Fahami Flywheel
- Flywheel Marketing Kelima – Manfaatkan Flywheel
- Flywheel Marketing Pertama – Konsisten Dan Perbaiki
Flywheel Marketing Pertama – Pastikan Matlamat Bisnes
Walaupun PKP, matlamat bisnes secara azali ni mesti nak beri yang terbaik pada pelanggan. Tapi, untuk kita buat flywheel marketing kita, kita perlu perincikan kita nak beri yang terbaik pada pelanggan tu dalam bentuk apa?
Mungkin ada bisnes yang nak beri pelanggan yang terbaik melalui produk paling best. Berkualiti, barang tahan lama, barang packaging cantik, barang senang dipakai.
Mungkin bagi bisnes lain pula yang terbaik adalah interaksi antara bisnes dengan pelanggan. Banyak guna User Generated Content (UGC) di sosial media, atau customer servis yang memang tip-top, atau delivery barang yang sepantas kilat.
Untuk Monocal pula sebagai company digital marketing Business to Business (B2B), yang terbaik bermaksud klien kami sentiasa ada sales daripada iklan yang kami buat. Kalau bukan sales, ejen yang datang pada klien hasil iklan di Facebook atau Instagram mesti berduyun-duyun.
Jadi, penting untuk kita tetapkan matlamat dan pastikan matlamat spesifik tu kita kenalpasti sebelum kita teruskan dengan flywheel marketing.
Flywheel Marketing Kedua- Pastikan Metrik Yang Nak Dicapai
Bila kita dah ada matlamat yang jelas dan spesifik, baru kita boleh pastikan apa yang nak dicapai. Flywheel ni perlukan kita gabung strategi dan juga teknik, jadinya, bila kita dah ada matlamat, baru kita boleh buat strategi.
Contohnya, untuk kita perbaiki produk supaya lebih tahan lama, lebih senang dipakai atau dengan packaging yang lebih cantik, kita boleh serahkan ni kepada designer dan researcher produk company kita. Boleh brainstorm beberapa idea macam mungkin tukar design produk atau material buat produk tersebut.
Kalau nak delivery lebih mantap, mungkin perlu guna lebih banyak kurier. Untuk customer servis yang lebih baik, mungkin team customer servis boleh dihantar untuk kursus. Untuk cuba buat UGC, mungkin boleh ambil pengajaran dari influencer dan macam mana mereka buat content.
Untuk Monocal, kami sentiasa nak berikan yang terbaik, jadi setiap iklan yang kami buat di Facebook dan Instagram akan sentiasa dipantau. Dan bukan saja iklan tu dipantau, banyak lagi iklan-iklan lain dimana kami try-and-error untuk tengok iklan jenis mana paling banyak bawa lead kepada klien.
Ini antara strategi untuk beri pelanggan yang terbaik. Ini apa yang kita nak capai. Jadi, kenalpasti APA yang nak dicapai, dan MACAM MANA nak capai perkara tu menggunakan STRATEGI apa 🤩
Flywheel Marketing Ketiga – Senaraikan Komponen Penting
Sekarang kita dah ada dua bahagian penting; matlamat, dan strategi untuk capai matlamat. Jadi, langkah seterusnya adalah untuk kita pastikan siapa komponen utama untuk jalankan strategi tu, dan apa langkah yang perlu diambil untuk jalankan strategi tu.
Contohnya kalau nak tambahbaik produk, mestilah team production dan research yang bertanggungjawab. Tapi, team lain boleh juga bantu. Mungkin team sosial media boleh minta feedback terus dari pelanggan, barulah penambahbaikan produk tu kena dengan jiwa pelanggan.
Kalau untuk pastikan bisnes kita ada team yang penuh dengan ‘people person’, perlulah kesemua orang dalam company tu ada komunikasi dan interaksi yang sihat, barulah semangat tu masuk juga dalam kerja sebagai customer service.
Bagi Monocal, walaupun yang buat iklan Facebook dan Instagram memang digital marketer, ada masanya perlukan penulis dan designer. Untuk buat content macam ni 😉
Jadi, komponen penting yang kita ada sekarang dah pun lengkap. Matlamat, strategi dan orang yang akan puaskan hati customer kita.
Flywheel Marketing Keempat – Fahami Flywheel
Kepentingan customer adalah objektif utama flywheel marketing, jadi, 3 komponen diatas perlu kita ambil kira dalam semua bahagian flywheel pula. Bahagian flywheel ni adalah melalui marketing, sales dan servis. Dan untuk berikan customer yang terbaik dari bisnes adalah dengan memastikan 3 komponen kita (matlamat, strategi, orang) sentiasa terlibat dengan 3 komponen flywheel; marketing, sales, servis.
Dari segi marketing, kita perlu pastikan material marketing tu bersesuaian dengan jiwa pelanggan. Perlu pastikan demografik pelanggan macam umur, jantina, hobi atau kesukaan mereka supaya dapat membantu kita buat material iklan yang boleh tarik mereka untuk baca iklan serta beli.
Lepas pelanggan dah nampak marketing dan tertarik dengan iklan, baru fokus pada bahagian sales. Tarik pula minat pelanggan tu dengan produk yang berkualiti, bentuk produk yang tahan lasak, packaging produk yang comel. Letak ciri-ciri produk yang boleh bantu pelanggan supaya mereka nak beli produk.
Bila pelanggan dan beli, jangan biar interaksi dengan pelanggan sampai situ saja! Perlu pastikan pelanggan dapat servis yang terbaik dari semua aspek. Tanya pelanggan dah dapat tracking number ke, barang dah sampai stesen itu ini ke, mungkin penghantaran akan lewat sebab PKP ke. Dan bila barang dah sampai juga perlu minta feedback, elok atau tak. Lepas proses pembelian tu juga perlu ada interaksi seperti tawaran diskaun atau time limited sales.
Flywheel Marketing Kelima – Manfaatkan Flywheel
Bila kita dah nampak kegunaan flywheel, kita kena manfaatkan. Jangan biarkan setiap pelanggan tu ‘berputar’ sekali je pada flywheel kita. Pastikan mereka berada di flywheel kita berkali-kali, lalui marketing, sales dan servis berkali-kali, sampailah dari satu pelanggan menjadi 10, menjadi 100 dan seterusnya.
Dan dalam setiap komponen flywheel tu juga masih ada flywheel kecil dimana kita perlu ulang-ulang penggunaan komponen seperti matlamat, strategi dan orang yang terlibat. Pengulangan komponen ni lah yang menjadikan flywheel marketing kita berjaya.
Kita nak bina momentum bisnes menjadi lebih hebat dengan flywheel yang berguna. Jadi, setiap kali ada deal yang dah close, yang pelanggan dah beli perlu kita pastikan kita buat flywheel ni dengan sempurna.
Flywheel Marketing Pertama – Konsisten Dan Perbaiki
Macam semua strategi marketing yang lain, paling penting adalah konsisten dan perbaiki. Perlu jaga aspek yang ada dalam flywheel dan buat betul-betul setiap kali, dan bila ada feedback dari pelanggan, perlu perbaiki sebaik yang boleh.