Facebook Ads Creatives

Creatives Facebook Ads: 4 Tips Creatives Yang Lebih “Convert”

Post yang lepas ada cerita sikit tentang tips buat copywriting, tapi sebab dah panjang sangat, tak muat ulas pasal tips creatives untuk Facebook Ads.

Jadi, post kali ni nak cerita sikit tentang tips dan jenis creatives yang menjanjikan leads dan patuh Facebook Advertising Policy.

Jom baca sini 👇🏻👇🏻👇🏻


1 – Creatives yang engaging

Bagi creatives yang engaging ni, ada beberapa cara. Macam sekarang, disebabkan kita dalam PKP, ramai orang ada banyak masa untuk scroll Facebook, Instagram dan Twitter, jadi creatives yang engaging mesti dapat tarik audience untuk engage dengan iklan.

Video: banyak social media yang dah dahulukan content berbentuk video daripada gambar, jadi bila brand mula gunakan teknik ni dan buat video yang memang menarik, ramai yang akan like dan komen, serta tekan link produk. Video macam Reels, atau Tiktok yang panjang dalam 15 saat memang laku habis!

Gambar: untuk gambar, memang sejak azali banyak brand dah gunakan, tapi, ada beberapa kriteria gambar yang menjanjikan leads banyak dan link click meningkat. Gambar yang tak banyak teks dengan produk placement yang genius akan tarik perhatian dan dapat engagement.

Jom tengok video ni untuk strategi creatives yang convert!

2 – Creatives yang jelas

Untuk creatives yang jelas juga ada beberapa kriteria. Creatives yang digunakan untuk iklan tu, tak kira video ataupun gambar, perlu pastikan koheran dan difahami.

Kalau video ada orang bercakap, lebih baik letak subtitle supaya orang yang mute masih boleh faham konteks video. Dan pastikan audio juga jelas kalau tiada subtitle supaya orang senang faham.

Kalau gambar pula, pastikan nama brand nampak jelas dan tak mengelirukan, dan produk juga dapat orang faham. Bukan gambar blur atau terlalu jauh atau terlalu dekat. Bila creatives jelas dan audience faham, maka engagement boleh naik dengan likes, comment dan shares.

3 – Creatives yang sesuai

Bagi creatives yang sesuai pula adalah dari segi saiz. Setiap social media ada size creatives yang berbeza dan bersesuaian dengan interface social media tersebut, jadi kita bila nak buat iklan perlu ambil tahu tentang size.

Size resolution yang lebih tinggi dapat menjamin gambar takkan jadi ‘petak’ atau pixelated ataupun jadi blur. Dan potongan size tu juga penting, macam untuk Instagram walaupun asalnya size 1:1 digunakan untuk gambar, sekarang untuk iklan adalah lebih baik untuk guna size 4:5.

Untuk video juga sama, perlukan video dengan resolution tinggi, supaya video smooth saja dan tak tersekat atau petak. Untuk Facebook size video 4:5 lebih digalakkan sebab ramai orang main Facebook guna phone, jadi bila scroll dan nampak iklan, video tu akan ambil satu ruang screen phone tu.

Dalam video ni pun ada tekankan kenapa kesesuaian saiz tu penting.

4 – Creatives yang menunjukkan brand atau produk

Bila dah pastikan ada gajet yang diperlukan untuk buat iklan yang engaging, jelas, dan sesuai, akhir sekali barulah perhatikan produk. Disebabkan orang scroll social media laju, kita perlu pastikan orang tahu iklan kita tu pasal produk apa dan menyelesaikan masalah apa dengan sekilas pandang je.

Jadi, pastikan produk nampak dalam gambar, nama brand, atau mungkin jenis masalah yang produk kita dapat selesaikan. Kalau iklan bukan bentuk penyelesaian masalah, boleh juga fokus untuk bagi value pada audience.

Audience Malaysia juga sangat curious, jadi bila iklan tak kira bentuk gambar atau video tu ada berikan fakta menarik tentang masalah, penyelesaian ataupun berita semasa, memang ramai rakyat Malaysia yang suka.


Jadi, untuk post hari ini, sikit saja yang dapat dikongsi. Jangan lupa cuba tips ni untuk creatives yang tingkatkan leads dan link click!

Kalau anda nak Monocal guide pun boleh, jom isi detail di sini sekarang.

Dan kalau anda taknak terlepas post baru dari Monocal, jom subscribe di sini sekarang 🤩

In the meantime, jom follow Monocal di Twitter, Instagram dan like page di Facebook 🚀🚀🚀

Leave a comment