contoh copywriting skincare

Lihat Contoh Copywriting Skincare Pelbagai Jenama di 2022

“Apa yang orang cari bila nak membeli satu-satu produk skincare?”

Pelbagai contoh copywriting skincare yang anda boleh jumpa sendiri apabila anda melihat pelbagai produk skincare dipasaran.

Tapi mana satu yang bagus, dan mana satu yang berkesan?

Kali ini kami ingin berkongsi kepada anda beberapa contoh copywriting skincare dari pelbagai jenama dalam dan luar Malaysia yang anda boleh ambil inspirasi.

1. Cetaphil – Retargeting Ads

contoh copywriting produk kecantikan - cetaphil
Iklan Facebook Cetaphil – Retargeting Ads

Iklan ini merupakan iklan ‘retargeting‘, dimana jika anda melawat laman web e-dagang (ecommerce) cetaphil.com, dan anda tidak melalukan sebarang pembelian, anda akan dipaparkan dengan iklan ini.

Kekuatan iklan Cetaphil – Retargeting Ads

Mesej ringkas dan mudah

Mesejnya, jika anda membeli dari iklan ini, anda akan mendapat diskaun $4 untuk pembelian Cetaphil anda yang seterusnya.

Gambar yang tepat

Iklan ini menggunakan model perempuan yang sedang mencuci muka, menunjukkan bahawa beliau menggunakan produk Cetaphil.

Mudah melihat tawaran

Anak panah didalam gambar yang menuju ke butang CTA ‘Get Offer‘ dibawah, untuk membawa perhatian pembaca yang sudah membaca iklan, dengan CTA ‘Yes please!’. Pembaca iklan akan mudah melihat tawaran dengan anak panah dan CTA seperti ini.

Copywriting ringkas

Copywriting yang digunakan disini juga melihatkan satu contoh copywriting produk kesihatan yang bagus. Mesej yang dibawa:

  • Anda dah tahu mengenai produk Cetaphil. Tidak perlu lagi penjelasan berjela-jela mengenai manfaat produk mahupun ayat-ayat pujuk.

Kelemahan iklan Cetaphil – Retargeting Ads

Kekurangan unsur scarcity

Tiada unsur scarcity didalam iklan ini pada kami menjadikannya sedikit kurang baik. Bergantung pada tujuan iklan, kami mungkin akan meletakkan elemen masa dan kesingkatan (scarcity) dalam iklan ini.

Mesej CTA boleh ditambahbaik

CTA yang digunakan boleh ditambahbaik dengan pembolehubah masa, menjadi “Get $4 off NOW!” untuk memujuk pengguna klik pada tawaran sekarang.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

2. ANAIRUI Skin Care – Vitamin C Turmeric Clay Mask

contoh copywriting skincare ANAIRUI Skin Care - Vitamin C Turmeric Clay Mask
Iklan Facebook ANAIRUI Skin Care – Vitamin C Turmeric Clay Mask

Iklan ini merupakan iklan produk clay mask vitamin C berserta kunyit, keluaran ANAIRUI. Terdapat beberapa elemen didalam iklan Facebook ini yang kami jadikan contoh copywriting untuk skincare.

Iklan ini memfokuskan kunyit (turmeric) sebagai bahan utama dalam produk clay mask ini. Khasiat kunyit didalam perubatan memang sudah popular dikalangan pengguna aktif produk kesihatan. ANAIRUI cuba untuk membawa elemen kunyit didalam produk skincare pula.

Kekuatan Iklan ANAIRUI Skin Care

Gambar yang sangat jelas

Pengguna dapat melihat 3 jenis situasi produk, iaitu packaging produk, botol produk, dan isi krim produk.

USP yang jelas

ANAIRUI menggunakan nama produk yang mengandungi USP produk iaitu kunyit dan vitamin C. Elemen ini jelas ditunjukkan didalam gambar didalam iklan.

Copywriting pendek

Mesej yang ringkas dan jelas. Fokus adalah kepada produk baru (new arrival), manfaat produk dan manfaat jika bertindak sekarang , dimana pengguna akan mendapat diskaun 20% dan penghantaran percuma jika beli sekarang. Manfaat produk, iaitu kulit cerah dalam masa 15 minit, juga ditunjukkan didalam copywriting ringkas ini.

Kelemahan Iklan ANAIRUI Skin Care

Menggunakan gambar pegun berbanding video

Iklan ini menggunakan gambar pegun (still image) berbanding video. Dalam kebanyakan iklan dan situasi sekarang, video lebih berpotensi menarik perhatian pengguna untuk melihat iklan dengan kombinasi video serta audio yang catchy.

CTA Iklan yang salah

CTA utama iklan dibahagian bawah adalah untuk Like page ANAIRUI. Satu kesilapan yang rugi ketika ini. Jumlah like tidak mempengaruhi pengguna Facebook jika dibandingkan beberapa tahun lepas. Kini, dengan lebih jutaan page dan capaian (reach) organik page Facebook yang sangat teruk (dalam ~1%), adalah langkah sia-sia untuk membuat iklan untuk tarik like. CTA seharusnya fokus untuk tujuan pembelian produk ANAIRUI seperti ‘Shop Now‘.

3. The Face Shop – Calendula Essentials

contoh copywriting skincare The Face Shop - Calendula Essentials
Iklan Facebook The Face Shop – Calendula Essentials
Video Iklan Facebook The Face Shop – Calendula Essentials

Iklan ini adalah iklan untuk siri produk penjagaan kulit Calendula dari THE FACE SHOP. Terdapat beberapa jenis produk skincare yang ditawarkan didalam siri ini. Antaranya ialah Moisture Cream, Moisture Emulsion, Moisture Toner dan Moisture Eye Cream. Pada hemat kami, iklan ini bukan satu contoh copywriting skincare yang bagus. Kami kupas lebih lanjut dibawah.

Kekuatan Iklan The Face Shop

Jingle yang menarik

Jingle yang digunakan didalam video iklan ini agak catchy dan boleh menarik perhatian pengguna yang menontonnya.

Kelemahan Iklan The Face Shop

Copywriting yang tidak jelas dan kuat

Headline utama didalam copywriting iklan ini hanya menyatakan “an affordable daily care regime to start your K-beauty journey, or simply to give irritated skin a break!”

Iklan ini menyatakan bahawa produk mereka adalah berpatutan, tetapi tidak menyatakan harga. didalam iklan yang sama. Sesiapa pun boleh mengakui produk mereka mempunyai harga patut. Tetapi tanpa bukti, ia adalah satu pengakuan yang lemah.

Iklan ini juga menyatakan “… to start your K-beauty journey, or simply to give irritated skin a break!”.

Kami merasakan ini adalah satu contoh copywriting yang sangat lemah. Kenapa? Pertama, penggunaan K pada perkataan beauty hanya untuk menunjukkan mereka seperti mengikut trend produk skincare import dari Korea, TANPA menunjukkan elemen-elemen yang menyatakan ini adalah produk buatan, atau menggunakan teknologi Korea.

Kedua, penggunaan kata hubung ‘or’ untuk menyatakan dua perkara berbeza didalam satu headline. Mereka menyambungkan “…to start your K-beauty journey…” dan “…simply to give irritated skin a break!”.

Ini merupakan satu contoh lalai dalam membuat copywriting. Orang yang menulis iklan ini cuba untuk sumbatkan sebanyak mana manfaat yang boleh didalam headline hanya kerana mereka rasa perlu ada banyak manfaat dalam iklan.

Penulisan copywriting yang bagus adalah menyatakan manfaat secara berstruktur dan kreatif. Salah contoh yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan formula PAS (problem, agitate, solution).

Jika kami yang tulis, contoh copywriting skincare untuk headline The Face Shop yang kami akan buat adalah “Tired of your irritating skin? Afraid of your beauty fade away? Here comes new line up from our Calendula Essentials range and have a better moisturized skin, right away!.

Kami fokus pada masalah

“Tired of your irritating skin?”

Kami fokus pada akibat yang bakal terjadi kalau tak selesaikan masalah

“Afraid of your beauty fade away?”

Kami fokus pada penyelesaikan kepada masalah tersebut, beserta manfaat produk

“Here comes new line up from our Calendula Essentials range and have a better moisturized skin, right away!”

Suntingan video yang lemah dan tidak jelas

Anda tidak seharusnya buat iklan video hanya kerana orang lain juga membuat iklan video.

Kelemahan ketara video ini yang kami dapat lihat:

  • Tiada manfaat jelas kepada pengguna dari penggunaan produk.
  • Tiada deskripsi produk didalam video.
  • Transisi video terlalu laju, tidak dapat lihat keseluruhan pembungkusan dan rupa produk secara jelas.
  • Tiada testimoni dari pengguna yang pernah mencubanya.

Kami sertakan satu contoh sampel video yang bagus dari produk Mito Male oleh Konstant Kreative. Kerana ini adalah video sampel, tiada muzik yang digunakan. Antara perkara yang bagus mengenai video ini:

  • Deskripsi produk yang jelas.
  • Kandungan produk yang jelas.
  • Manfaat produk yang jelas.
[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]
Video Iklan Facebook Mito Male

4. AGLOW Clinic

contoh copywriting skincare AGLOW Clinic
Iklan Facebook AGLOW Clinic
Video Iklan Facebook AGLOW Clinic

Iklan ini merupakan satu contoh copywriting skincare yang berbentuk servis yang ditawarkan AGLOW Clinic.

AGLOW Clinic menawarkan servis rawatan kecantikan menggunakan Pico Laser, untuk penjagaan kulit muka.

Kekuatan Iklan AGLOW Clinic

Manfaat dan USP jelas diterangkan

Iklan ini menunjukkan manfaat dan kelebihan rawatan yang ditawarkan AGLOW Clinic berterusan sepanjang video iklan, dan juga dalam bentuk copywriting. Fokus kepada manfaat dan proses rawatan ditekankan untuk membantu bakal prospek yang berminat mendapatkan rawatan ini akan yakin dengan apa yang bakal mereka dapat.

Harga yang ditawarkan agak tinggi dari kebanyakan rawatan dan produk skincare dipasaran. Jadi, manfaat, USP dan juga social proof seperti ayat ‘Created, Fomulated and Endorsed by Doctor’ digunakan untuk meyakinkan bakal prospek.

Video iklan menunjukkan manfaat servis dengan jelas.

Video bermula dengan menggunakan model yang cantik, meberi persepsi keberkesanan rawatan skincare Pico Laser.

Selepas itu, setiap proses yang dijalankan didalam rawatan ini ditunjukkan satu persatu. Ini membantu membentuk persepi positif kepada penonton video; bagaimana bentuk rawatan yang bakal didapati mereka di AGLOW Clinic.

Format video ad grid digunakan disini, dengan bahagian bawah iklan menunjukkan harga dan maklumat berkaitan rawatan Pico Laser.

Kelemahan iklan AGLOW Clinic

Penggunaan format perenggan

Kami berpendapat, copywriting yang lebih ringkas dan berbentuk bullet point lebih sesuai digunakan iklan seperti ini. Setiap maklumat lebih mudah dan senang dibaca, kerana bentuk informasi yang disampaikan adalah dalam bentuk butir-butir maklumat.

Format perenggan lebih sesuai digunakan oleh copywriting yang berbentuk storytelling. Pembaca akan menyusuri satu demi satu ayat yang ditulis apabila membaca penulisan yang berorientasikan emosi.

Penutup

Konklusinya, contoh copywriting produk skincare yang kami tampilkan diatas mengandungi pelbagai elemen, sama ada kekuatan atau kelemahan iklan itu sendiri yang anda boleh contohi.

Selain penggunaan iklan berbentuk video yang penting kini, cara penulisan ayat copywriting juga perlu disesuaikan dengan sasaran pasaran yang pengiklan tentukan.

Kami berharap sedikit sebanyak anda dapat manfaat dari penulisan kami kali ini berkaitan contoh copywriting produk skincare yang terdapat dipasaran.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Leave a comment