Contoh Copywriting Produk Kesihatan: Iklan Berkesan Yang Anda Boleh Kaji Di 2022
Produk kesihatan adalah antara produk yang banyak permintaan dalam pasaran. Jadi, untuk post kali ini, kami nak dedahkan kelebihan beberapa contoh copywriting produk kesihatan dari pelbagai iklan.
Jom ambil inspirasi daripada iklan-iklan berikut untuk digunakan dalam iklan anda. kami akan bincangkan dari segi aspek kelebihan, kekurangan dan penambahbaikan yang iklan-iklan ini boleh tambahbaik.
- 1. Watsons – Blackmores
- i. Kekuatan Iklan Facebook Watsons
- ii. Kelemahan Iklan Facebook Watsons
- Peluang hanya 50% untuk menarik perhatian pengguna. Sama ada mereka berminat dengan produk Blackmores atau tidak.
- Terlalu banyak langkah. Iklan seperti ini seharusnya mesti seringkas mungkin.
- Copywriting yang secara amnya, tidak menarik. Hanya mempamerkan langkah-langkah berbelanja di Watsons Shopee Mall.
- 2. Madona Exclusives – Face Mask
- 3. Vitaminmall Xpress – Omega 3 Salmon Fish Oil 1000mg
- 4. The Supplement Clinic – Torula Yeast
- Penutup
1. Watsons – Blackmores
Jika anda tiada idea bagaimana mula menulis copywriting untuk produk kesihatan, Watsons adalah contoh copywriting produk kesihatan yang baik. Iklan ini bertujuan mengajak prospek yang menggunakan media sosial untuk membeli belah di akaun Shopee Watsons.
i. Kekuatan Iklan Facebook Watsons
Iklan ini menggunakan rupa depan produk Blackmores, sejenis produk supplemen sebagai faktor menarik perhatian pengguna.Iklan hanya memaparkan satu produk, menunjukkan fokus iklan pada produk tersebut. Kebarangkalian produk ini salah satu daripada produk suplemen yang laris didalam inventori Watsons adalah tinggi.
ii. Kelemahan Iklan Facebook Watsons
Watsons meletakkan satu produk Blackmores sebagai satu-satunya imej untuk menarik perhatian pembeli, dimana kami rasakan merupakan satu langkah berisiko.Prospek mungkin keliru dengan iklan jika mereka tidak mengenali produk tersebut. Tetapi, mungkin akan ada prospek yang tertanya dan membaca iklan. Agak berisiko untuk hanya fokus satu produk melainkan produk tersebut memang ada jenama dan kekuatannya tersendiri.
Peluang hanya 50% untuk menarik perhatian pengguna. Sama ada mereka berminat dengan produk Blackmores atau tidak.
Kemungkinan hanya prospek yang sudah berniat membeli Blackmores atau yang sudah mengenali saja yang minat.
Terlalu banyak langkah. Iklan seperti ini seharusnya mesti seringkas mungkin.
Langkah pembelian tidak sepatutnya lebih daripada dua. Langkah sepatutnya ringkas untuk memudahkan prospek buat pembelian.
Copywriting yang secara amnya, tidak menarik. Hanya mempamerkan langkah-langkah berbelanja di Watsons Shopee Mall.
Iklan hanya fokus pada mengajak prospek membeli belah di Shopee Watsons tetapi kurang menegaskan apa yang pelanggan akan dapat (vouchers). Iklan ini perlu serlahkan apa yang prospek akan dapat.
2. Madona Exclusives – Face Mask
Iklan ini merupakan iklan pelitup muka (face mask) oleh Madona Exclusive. Iklan ini dijalankan semasa tahun 2021. Kami analisis beberapa elemen iklan ini yang boleh dijadikan contoh copywriting produk kesihatan yang anda boleh ambil inspirasi.
i. Kekuatan Iklan Madona Exclusives
Penggunaan video stail grid ads.
Grid ad adalah format di kanan video diletakkan gambar pegun (still image) atau slaid yang menunjukkan sesuatu produk.
Prospek boleh lihat gambar secara terperinci dan juga boleh lihat bagaimana pelitup muka itu dipakai pada model, pelitup muka dilihat terletak elok semasa pergerakan berlaku.
Format ini sangat popular dikalangan pemilik bisnes DTC (direct-to-consumer) dan e-dagang di Amerika Utara dan Eropah. Lebih banyak iklan yang menggunakan video format ini pada 2022 setelah melihat keberkesanannya di tahun 2021.
Prospek suka lihat bukti sosial dan review daripada orang lain sebelum membeli produk.
Tiga elemen dalam satu headline
- Testomoni oleh pengguna face mask ini (Ziana Idrus)
- Deskripsi produk face mask ini (cotton woven fabric, cantik dan mudah)
- Manfaat produk ini (mudah, match dengan tudung, makeup friendly)
Tajuk yang menarik dan juga deskriptif; sangat membantu prospek memahami manfaat pelitup muka walaupun belum baca iklan hingga habis.
Testimoni yang digunakan sangat bernas kerana kebanyakkan orang suka testimoni.
Iklan ini ada pelanggan sasaran yang spesifik, iaitu prospek dari golongan wanita.
Prospek wanita sangat ambil berat tentang pelitup muka yang sesuai dengan mekap, jadi testimoni iklan ini sangat membantu prospek.
TIGA CTA didalam iklan yang diletakkan ditempat yang SESUAI
- Bahagian atas copywriting (link promo)
- Bahagian bawah copywriting (link promo)
- Butang CTA iklan Facebook (Get Offer)
Walaupun CTA lebih daripada 2, perletakkannya ada penjarakkan yang bagus. Pembaca tidak rasa keliru dengan CTA.
Harga jualan dan harga promosi didalam iklan.
Langkah meletakkan harga jualan dan harga promosi didalam iklan adalah sangat bertimbang rasa dengan prospek. Dapat menjimatkan masa dan dapat ‘qualify‘ prospek secara terus.
Masih ramai peniaga percaya menyorokkan harga lebih bagus kerana prospek perlu mesej dan peniaga boleh ‘close‘ secara peribadi, tetapi anggapan ini salah.
Dengan menunjukkan harga, peniaga hanya perlu berinteraksi dengan prospek yang sudah berniat membeli dengan harga tersebut.
Teknik ini juga boleh digunakan untuk kempen retargeting demi mendapatkan lebih ramai prospek yang tak kisahkan harga dan dapat tingkatkan jualan.
[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]
3. Vitaminmall Xpress – Omega 3 Salmon Fish Oil 1000mg
Iklan ini merupakan iklan suplemen minyak ikan salmon yang mengandungi Omega 3 oleh VitaminMall.
Pada pendapat kami, secara keseluruhan, iklan ini baik. Tetapi banyak penambahbaikkan boleh dilakukan untuk menghasilkan iklan yang terbaik.
i. Kekuatan Iklan Vitaminmall Xpress
Headline Menunjukkan Manfaat Yang Jelas
- Headline menunjukkan manfaat suplemen kepada prospek dengan menjaga kesihatan otak, jantung dan mata dengan minyak ikan.
Tajuk yang menyasarkan prospek yang khas; mereka yang ingin menjaga otak, jantung dan mata.
Fokus Pada Elemen ‘Produk Yang Diimport’
- Menggunakan impresi ‘produk import lebih bagus’ dengan menunjukkan pelbagai elemen ‘Made in USA’ di dalam copywriting, thumbnail dan video.
Usaha untuk menunjukkan produk dipercayai ramai, juga dipercayai oleh pakar di luar negara.
ii. Kelemahan iklan & Penambahbaikan Iklan Vitaminmall Xpress
Perlu Proses ‘Mendidik’ Prospek
- Iklan seperti ini memerlukan anda ‘mendidik’ prospek untuk mengambil atau membuat sesuatu yang tidak biasa dibuat. Secara amnya, kita tidak menjaga kesihatan secara betul, kecuali kepada golongan yang memang fokus pada penjagaan kesihatan.
Iklan tidak mendidik prospek mengapa mereka perlu membeli produk untuk kesihatan. Boleh tambah kesan jika tidak menjaga kesihatan dengan produk ini untuk pengetahuan prospek.
- Iklan berbentuk storytelling lebih berkesan untuk digunakan.
Penulisan berbunyi terlalu fakta dan menjual. Tidak menunjukkan keinginan seseorang untuk membeli dan manfaat seseorang apabila menggunakan produk.
Walaupun video berbentuk penceritaan tentang seorang model yang telah mampu membeli suplemen luar negara, kisahnya tidak berkesan kerana tiada elemen desakan kepada prospek.
Iklan perlu tingkatkan kesedaran prospek akan masalah yang akan atau sudah timbul jika tidak menggunakan produk tersebut.
Iklan perlu fokus pada tahap kesedaran pelanggan.
4. The Supplement Clinic – Torula Yeast
Ini juga adalah iklan suplemen yang diimport dari luar negara oleh The Supplement Clinic.
Perbezaannya adalah, ini adalah produk berasaskan yis yang boleh mengurangkan proses penuaan melalui agen antioksidan didalam produk tersebut.
i. Kekuatan Iklan The Supplement Clinic
Penggunaan storytelling didalam copywriting yang lebih baik.
Penceritaan yang melibatkan prospek dan imaginasi. Prospek dapat membayangkan bagaimana produk tercipta.
Iklan menceritakan proses bagaimana pemilik iklan mencari sumber untuk ‘ibu segala antioksidan’ dan menemuinya melalui yis yang ditemui di Jepun iaitu Yis Torula.
Menceritakan manfaat (agitate) setiap elemen didalam yis tersebut
Gluthatione, choline dan milk thistle, dan apa kebaikkan bahagian-bahagian ini kepada anda.
Prospek tahu apa bahan yang ada dalam produk dan juga kebaikkan bahan tersebut.
Dua testimoni dimasukkan didalam iklan.
Testomoni digunakan untuk meyakinkan prospek yang membaca iklan. Testimoni juga menyatakan umur, jadi prospek yang berumur 30an pasti tertarik kerana mereka perlukan penyelesaian masalah yang sama.
CTA beserta kod promo dibawah iklan.
CTA yang jelas dengan kod promosi sebagai tarikan kepada prospek.
Video yang menunjukkan rupa yis dan menggunakan elemen grid ad
Penutup
Beberapa contoh iklan ini dapat membantu proses penulisan iklan produk kesihatan, secara khususnya pada medium pengiklanan media sosial.
Kebanyakkan iklan ada elemen yang bagus yang boleh diikuti, tetapi ada juga yang perlu penambahbaikan.
Jom ambil manfaat dan inspirasi dari iklan-iklan ini untuk penghasilan iklan anda yang seterusnya!
[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]