contoh copywriting jualan baju

Contoh Copywriting Jualan Baju: Kami Kaji 5 Iklan Facebook 2022

Terdapat pelbagai produk baju dan fesyen yang diiklankan menggunakan media sosial. Kali ini, kami dapat 5 iklan yang boleh dijadikan contoh copywriting jualan baju yang anda boleh lihat dan ambil inspirasi.

Setiap produk yang kami senaraikan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri, dan kami cuba sedaya upaya untuk senaraikan berdasarkan pengalaman kami mengurus iklan untuk pelbagai jenama di Monocal.

Anda juga boleh lihat artikel berkaitan contoh copywriting yang pernah kami kongsi sebelum ini.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

1. Kimyra Style Windbreaker

contoh copywriting jualan baju Kimyra Style Windbreaker
Iklan Facebook Kimyra Style Windbreaker

Iklan diatas merupakan produk windbreaker oleh Kimyra Style. Produk ini merupakan sejenis windbreaker, sejenis pakaian yang dipakai ketika hari hujan atau gerimis. Windbreaker kerap dipakai ketika berjoging atau bersenam.

Penawaran produk windbreaker oleh Kimyra Style ini memfokuskan kategori muslimah.

Kekuatan iklan Kimyra Style

Iklan windbreaker ini memfokuskan ciri-ciri produk yang diinginkan para muslimah, seperti:

  • Penggunaan fabrik yang lembut.
  • Warna yang menarik.
  • Bahagian hoodie yang boleh dilaraskan.
  • Bahagian pinggang yang mempunyai tali yang dilaraskan.

Kimyra Style menghasilkan windbreaker yang mempunyai ciri-ciri pakaian yang menjadi fokus muslimah dalam memilih produk, iaitu:

  • Ciri-ciri menutup aurat yang sempurna, labuh, longgar dan tidak ketat.
  • Penggunaan warna yang menarik untuk menarik perhatian perempuan.
  • Bahagian poket untuk membawa barang-barang (telefon, kunci, dompet dan sebagainya).

Kelemahan iklan Kimyra Style

Kami dapati iklan ini menggunakan thumbnail yang tidak berapa kuat dan menarik. Sekali pandang, sukar untuk kita tahu bahawa ini merupakan iklan yang menonjolkan windbreaker. Kita hanya dapat lihat seorang muslimah sedang melakukan aktiviti regangan badan untuk mula bersenam.

Iklan boleh ditambahbaik dengan gambar berfokuskan aktiviti yang menggunakan windbreaker yang lebih dinamik seperti posisi berlari dalam hujan, dan sebagainya.

Penggunaan muzik (jingle) juga tidak berapa catchy. Agak lemah untuk menangkap perhatian pada 3 saat pertama. Sangat penting untuk 3 saat pertama iklan dalam menangkap perhatian pengguna.

2. Nixtic Steeltoe Shoe

contoh copywriting jualan baju Nixtic Steeltoe Shoe
Iklan Facebook Nixtic Steeltoe Shoe

Iklan ini merupakan iklan untuk produk kasut keselamatan (safety shoe / steeltoe shoe).

Steeltoe shoe merupakan kasut dengan plat besi didalam kasut, bertujuan melindungi pengguna ketika bekerja ditempat yang berbahaya.

Kasut ini wajib digunakan di tempat kerja yang berbahaya dan berasaskan 3D (dirty, dangerous, difficult) seperti kilang dan tapak pembinaan.

Majoriti pengguna adalah lelaki, kerana lelaki yang majoritinya terlibat dalam kerja-kerja kasar dan berbahaya didalam pelbagai industri.

Kekuatan Iklan Nixtic

Iklan ini menggunakan muzik (jingle) yang catchy dan menarik perhatian.

Iklan ini juga menunjukkan fungsi dan kelihan lasak melalui cara visual, dengan menunjukkan perkara-perkara berbahaya ditempat kerja dan bagaimana kasut ini dapat melindungi pemakainya daripada risiko-risiko tersebut.

Elemen Iklan Nixtic

Elemen iklan Nixtic juga memenuhi ciri-ciri mesej yang sesuai disampaikan kepada golongan lelaki.

  • Iklan yang berterus terang dan tidak cakap banyak.
  • Tiada copywriting yang berjela-jela.
  • Konsep “show and tell“, dengan terus tunjuk fungsi produk terlibat.
  • Penggunaan CTA yang terus terang; “buy it now“.

Jika anda menghasilkan copywriting atau iklan dengan kumpulan sasar lelaki, iklan Nixtic ini seharusnya dijadikan contoh oleh anda.

3. Oxwhite – Oversized Tee

contoh copywriting jualan baju  Oxwhite - Oversized Tee
Iklan Facebook Oxwhite – Oversized Tee
Video iklan Facebook Oxwhite – Oversized Tee

Iklan diatas merupakan iklan dari Oxwhite untuk produk Oversized Tee.

Produk ini adalah baju kemeja T bersaiz besar, dan merupakan produk yang trend dikalangan golongan muda

.Anggaran kumpulan sasaran (target audience) untuk produk ini adalah golongan belia berusia 15 ke 30 tahun.

Kekuatan iklan Oxwhite

Iklan ini menggunakan mesej yang ringkas, dan juga copywriting yang pendek dan tidak meleret.

Contoh copywriting jualan baju yang pendek bagus digunakan jika kita tidak menggunakan elemen storytelling didalam iklan yang ditulis.

Kita mahu rebut perhatian pengguna media sosial dalam tempoh 3 saat pertama, kerana tempoh itulah pengguna media sosial memberi perhatian terhadap sesuatu konten sebelum skrol ke konten seterusnya.

Disebabkan produk ini produk yang popular dikalangan remaja, tidak perlu banyak penerangan mengenai manfaat produk perlu dilakukan.

Sasaran Iklan Oxwhite

Kemungkinan besar, iklan ini adalah untuk ‘cold audience‘. Bermakna, mereka yang berminat akan sama ada jenama Oxwhite ataupun produk oversized tees, akan berinteraksi dengan iklan ini (like, share, comment atau klik link).

Dari sini, marketers boleh optimasi lagi kempen ini dengan kempen retargeting susulan, untuk memasarkan variasi produk Oxwhite yang lain.

Kelemahan iklan Oxwhite

Muzik yang digunakan kurang catchy, dan boleh ditambahbaik untuk mendapatkan hasil 3 saat pertama yang lebih bagus.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

4. Uniqlo USA – HEATTECH

contoh copywriting jualan baju Uniqlo USA - HEATTECH
Iklan Facebook Uniqlo USA – HEATTECH pertama
contoh copywriting jualan baju Uniqlo USA - HEATTECH
Iklan Facebook Uniqlo USA – HEATTECH kedua
contoh copywriting jualan baju Uniqlo USA - HEATTECH
Iklan Facebook Uniqlo USA – HEATTECH ketiga

Iklan-iklan diatas ini memasarkan produk untuk siri pakaian HEATTECH dari Uniqlo USA.

Sasaran produk ini ialah golongan awam di Amerika Syarikat ketika musim sejuk.

Uniqlo adalah satu jenama popular yang tak perlu diperkenalkan lagi.

Berbeza dari pasaran negara beriklim khatulistiwa dimana Uniqlo memasarkan siri pakaian Airism yang memfokuskan pakaian nipis, selesa dan tidak panas, negara hemisfera utara mempunyai siri HEATTECH.

Siri pakaian HEATTECH secara amnya memfokuskan pakaian yang memerangkap haba dan pada masa yang sama, selesa dipakai dalam tempoh yang dalam dan sesuai dipakai dalam apa jua tujuan.

Kami bawakan siri iklan prospecting (cold audience) dan retargeting untuk HEATTECH yang digunakan Uniqlo.

Copywriting yang digunakan Uniqlo berada diaras yang berbeza dengan contoh copywriting jualan baju yang selalu kita jumpa di Malaysia. Kami ulas lebih lanjut dibawah.

Kekuatan iklan Uniqlo USA

Dalam dua iklan pertama diatas, Uniqlo memfokuskan manfaat produk ini, kerana deskripsi produk sudah tidak perlu lagi dijelaskan iaitu pakaian untuk musim sejuk.

Manfaat yang difokuskan adalah ‘boleh dipakai dalam waktu yang lama’, ‘boleh dipakai 6 bulan setahun’, dan ‘bergaya untuk pelbagai tujuan’.

Dalam ‘boleh dipakai dalam waktu yang lama’ dan ‘boleh dipakai 6 bulan setahun’, Uniqlo menyatakan secara tersirat dan tersurat didalam iklan tersebut yang pakaian ini boleh dipakai sepanjang hari, petang dan pagi.

Suhu sejuk di negara-negara hemisfera utara tidak terhad kepada musim sejuk (Disember – Mac). Suhu sejuk juga termasuk sebahagian musim luruh (September – Disember) dan juga musim bunga (Mac – Jun).

Jika dikira suhu sejuk keseluruhan, negara-negara ini mempunyai 6 bulan suhu sejuk dan bakinya transisi ke suhu panas dan sejuk semula.

Menjadi budaya dinegara-negara ini dimana rakyatnya akan berbelanja untuk membeli pakaian yang sesuai untuk suhu musim-musim tersebut.

Dengan siri pakaian HEATTECH, mereka boleh berjimat hanya membeli 2 kali pakaian setahun berbanding 4 kali setiap pertukaran musim.

Dari menyatakan ‘anda hanya perlu beli pakaian 2 kali setahun’, Uniqlo menggunakan ‘saya pakai pakaian ini 6 bulan setahun’, secara tersirat.

Selain itu, Uniqlo juga menunjukkan kesesuaian pakaian mereka dalam pelbagai tujuan; casual seperti bersiar-siar dan untuk mesyuarat.

Didalam iklan retargeting HEATTECH, Uniqlo hanya menunjukkan logo jenama dengan tanda pagar #needforheat sebagai fokus utama. Iklan ini mensasarkan konsep bahawa audiens sudah tahu apa itu HEATTECH, dan hanya perlu diingatkan untuk berbelanja didalam laman edagang Uniqlo untuk membeli produk-produk didalam siri HEATTECH ini.

5. Adidas Originals – Stan Smith Forever Series

contoh copywriting jualan baju Adidas Originals - Stan Smith Forever Series
Iklan Facebook Adidas Originals – Stan Smith Forever Series
Video iklan Facebook Adidas Originals – Stan Smith Forever Series

Iklan diatas merupakan iklan dari Adidas Originals untuk siri Stan Smith Forever.

Iklan ini adalah iklan jenis ‘conversion‘ oleh Adidas Originals untuk siri kasut Stan Smith Forever mereka.

Stan Smith Forever adalah siri kasut dari Adidas yang memfokuskan pembuatan dari 100% bahan kitar semula. Kitar semua dan pelestarian (sustainability) adalah satu trend masa kini yang digunakan pelbagai jenama pakaian dalam memasarkan produk mereka.

Siri Stan Smith dari adidas sudah bertapak sejah era 1960-an lagi, dan konsep ‘Forever’ didalam siri terbaru ini memfokuskan pelestarian adidas dalam menghasilkan produk mereka mengikut permintaan pasaran yang gemarkan pakaian berteraskan pelestarian.

Kekuatan iklan Adidas Originals – Stan Smith Forever Series

Iklan dari adidas ini memfokuskan budaya ‘picnic‘ yang menjadi trend masa kini dan sangat popular dikalangan generasi muda.

contoh copywriting jualan baju hashtag picnic
Terdapat lebih 9 juta post di Instagram dengan tanda pagar #picnic setakat artikel ini ditulis

Budaya picnic ini kelihatan selari dengan budaya sustainability yang diketengahkan adidas, kerana dua budaya ini menjadi ikutan generasi muda kini.

Model yang digunakan dalam iklan ini juga berkulit hitam, yang dimana konsep ‘diversity‘ menjadi satu kata ‘buzzword‘ wajib dalam pelbagai lapisan masyarakat di era moden.

Copywriting adidas memfokuskan pelestarian dan menjual ‘gaya hidup’,dengan penggunaan tanda pagar (hashtag) didalam headline copywriting.

Adidas tidak perlu tulis copywriting berjela-jela untuk menunjukkan kekuatan iklan, manfaat, fungsi dan kumpulan sasaran yang produk ini sasarkan. Kumpulan ini sudah tahu siapa adidas, dan apa yang mereka tawarkan.

Umpama kata-kata hikmah yang selalu kita dengar:

“A picture painted a thousand words”

Adidas dengan tepatnya dapat menggarap konsep ini dan mengaplikasikannya didalam iklan mereka.

Penutup

Akhir kata, keberkesanan setiap iklan tetap perlu diuji. Tidak semestinya iklan yang sesuai untuk satu jenis audience akan sesuai dengan pelbagai audience lain.

Pelbagai proses ujian perlu dilakukan untuk mendapat “winning ads“. Tidak semestinya copywriting hanya terbentuk dari perkataan-perkataan yang berjela-jela. Anda boleh baca proses mendapatkan contoh copywriting yang bagus disini.

Aplikasikan proses brainstorm dimana ia perlu kerap dilakukan. Selain itu, kerapkan melihat contoh-contoh iklan masa kini yang dilakukan oleh jenama-jenama besar dalam memasarkan produk mereka.

Walaupun kebanyakan dari kita tidak mempunyai bajet dan kepakaran seperti jenama-jenama besar, contoh copywriting jualan baju dan fesyen yang dilakukan jenama-jenama besar boleh kita belajar dan ambil, serta aplikasikan dalam kempen-kempen pemasaran kita.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Leave a comment