Contoh copywriting

Contoh Copywriting: Jenis, Cara, Langkah Dan Formula Lengkap Membina Copywriting Berkesan

Apa Itu Copywriting?

Copywriting, atau terjemahannya penulisan salinan, ialah penulisan yang bertujuan untuk salinan. Penulisan tersebut akan disalin atau dicetak berkali-kali, dalam bentuk digital atau fizikal, untuk tujuan penyebaran kepada khalayak umum. 

Antara contoh copywriting digital yang sangat dekat dengan kita adalah seperti iklan yang ada di media sosial, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Bagi copywriting fizikal pula, contohnya seperti surat khabar dan majalah yang dijual. 

Pelbagai contoh copywriting yang anda boleh lihat kini berada dimana-mana.Seperti contoh copywriting makanan yang menggunakan ciri-ciri produk makanan tersebut untuk menarik minat pembeli. 

Contoh copywriting produk pula akan memfokuskan kepada masalah yang dihadapi oleh kumpulan sasaran (target audience) untuk produk tersebut, dan cara penyelesaian masalah tersebut.

Maksud copywriting

Copywriting bermaksud sejenis penulisan yang menyatukan elemen sains linguistik dan seni sastera untuk mempromosikan sesuatu.

Penjualan secara lisan sahaja agak merugikan kerana tidak memanfaatkan satu cabang teknik jualan melalui copywriting.

Copywriting boleh digunakan dalam banyak saluran promosi seperti blog, media sosial, majalah, papan iklan dan sebagainya. Sekarang, kita terdedah dengan pelbagai iklan di media sosial, sama ada secara rela atau tidak.  

Bertujuan untuk mempromosikan dan memujuk pembaca membeli produk atau mendapatkan servis, copywriting ada jenis khas untuk platform yang berbeza. Format, kepanjangan dan formula yang berbeza digunakan untuk saluran yang berlainan. 

Beza Copywriting dan Content Writing 

Jenis-jenis copywriting ini juga bergantung kepada tujuan kita menulis copywriting tersebut. Ini perinciannya. 

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

1. Jenis copywriting

1. Marketing Copywriting

Menulis copywriting untuk tujuan pemasaran atau marketing memerlukan penulis menulis dengan sasaran yang betul. Marketing copywriting tujuan azalinya adalah untuk menjual produk. Jadi, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memujuk orang membeli sesuatu produk. 

Antaranya termasuklah pertimbangan latar belakang peribadi pelanggan, kerjaya pelanggan, keadaan kewangan pelanggan, hobi, umur dan macam-macam lagi. 

Usaha untuk menulis marketing copywriting yang bagus memerlukan kajian yang mendalam untuk memahami pelanggan, dan selepas kajian dibuat, barulah penulisan dapat dihasilkan dengan baik. 

Apabila pelanggan tertarik dengan penulisan yang baik dan produk yang dapat menyelesaikan masalah mereka, barulah pembelian akan berlaku, dan tujuan marketing copywriting pun akan tercapai dengan adanya jualan. 

2. Social Media Copywriting

Copywriting untuk media sosial perlukan ayat ringkas yang padat dengan informasi.

Setiap media sosial ada purata umur pengguna, jadi untuk menulis, perlu ambil berat tentang umur pengguna media sosial tersebut. 

Contoh yang paling ketara kita boleh perhati adalah ayat promosi di Instagram dan Twitter. Instagram kini mendahulukan video berbanding gambar kaku, jadi lebih bersesuaian untuk kita gunakan ayat yang pendek dan ringkas dalam video. 

Ayat yang ringkas, bila dibantu dengan video yang menarik, juga dapat meyakinkan pembaca tentang sesuatu produk atau servis. Tambah lagi pengguna Instagram pada tahun 2019 terdiri daripada 64% pengguna berumur 18-29 tahun, bagus untuk bisnes dengan sasaran golongan muda. 

Berbeza dengan Twitter, bentuk copywriting yang lebih selalu kita nampak adalah bebenang (thread). Thread, walaupun panjang, berbentuk ayat pendek dengan penjarakkan yang konsisten. 

Pengguna Twitter sudah biasa dengan corak penulisan bebenang, jadi bentuk copywriting Twitter sangat berbeza dengan copywriting media sosial lain. 

3. Brand Copywriting

Copywriting untuk jenama pula lebih bertujuan mempromosikan jenama secara menyeluruh, menyampaikan ‘suara’ yang bersesuaian dan konsisten dengan jenama kita, bukan hanya untuk produk atau servis tertentu. 

Brand copywriting selalunya akan digunapakai pada platform rasmi jenama tersebut, contohnya laman web. Ada jenama yang lebih sukakan ‘suara’ yang formal dan professional bila berinteraksi dengan pelanggan. 

Ada juga jenama yang suka ‘suara’ yang lebih mesra pelanggan, sebagai satu cara untuk pastikan pelanggan percaya dengan jenama tersebut. 

Dalam menentukan ‘suara’ jenama dalam copywriting jenis ini, penting untuk penulis mengetengahkan identiti, nilai dan prinsip jenama tersebut dalam setiap penulisan. 

Contoh yang kita boleh lihat seperti Telekung Siti Khadijah dengan ‘suara’ jenama konsisten seorang ibu yang mahukan telekung. Dalam setiap iklan mereka terselit unsur membahagiakan seorang ibu. 

4. Direct Response Copywriting

Bagi copywriting tindak balas langsung (direct response copywriting) pula, penulisan ini memerlukan daya pujuk yang sangat tinggi.

Jenis copywriting ini bertujuan untuk pastikan pembaca terus mengambil tindakan sejurus selepas membaca iklan. 

Menurut The Drum, pada tahun 2020, pengiklan hanya ada 2 saat untuk pastikan pelanggan tengok iklan. Oleh itu, iklan direct response ini perlu ada tajuk yang jauh lebih menarik dan lain dari yang lain untuk pastikan pelanggan baca iklan tersebut. 

Iklan ini tiada had kepanjangan atau kependekan, tetapi keutamaannya pada isi yang padat dan ajakan (Call to Action) padu pada hujung iklan yang memastikan pembaca terus mengambil tindakan selepas membaca iklan. 

Call to Action, atau CTA yang diperlukan dalam semua jenis iklan juga ada bermacam jenis.

Antara yang selalu digunakan dalam direct response copywriting adalah mengajak untuk membeli, melanggan emel, memuat turun sesuatu dan mengikuti di media sosial. 

Penting untuk penulis cakna bahawa semua CTA yang digunakan dalam direct response copywriting adalah perkara yang pembaca boleh buat secara langsung (beli, langgan) menggunakan telefon atau komputer. 

5. Technical Copywriting

Copywriting jenis teknikal pula lebih memfokuskan industri dengan kemahiran teknikal dan istilah yang asing dari apa yang dapat kita baca seharian. Secara umumnya, industri teknikal yang dimaksudkan adalah seperti pembinaan, teknologi maklumat, dan pembuatan. 

Penulis untuk bahan teknikal kebanyakkan menulis panduan produk, salinan laman web, dan kajian kes berkenaan. Jadi, kerja bahagian technical copywriting bukan sahaja perlu pengetahuan luas dalam industri, tetapi perlu juga kefahaman yang luas tentang produk. 

Bagi technical copywriting, fokus utama adalah memastikan perkara teknikal yang ingin disampaikan kepada pihak tertentu dapat difahami.

Segala istilah dan aspek teknikal perlu penjelasan yang mantap. 

Mereka yang ada pengetahuan asas bidang teknikal ada kelebihan untuk menjadi penulis berbanding mereka yang tiada asas, tetapi, tidak mustahil bagi mereka diluar bidang teknikal untuk cuba sesuatu yang baharu. 

Penulisan ini juga penting bagi kertas kerja, laporan dan sebagainya, jadi penulis teknikal perlu belajar cara untuk menyampaikan istilah yang susah kepada pembaca yang kurang atau tiada pengetahuan teknikal. 

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

6. Public Relations Copywriting

Copywriting untuk perhubungan awam juga penting bagi bisnes. Public relations copywriting tertumpu kepada mencipta mesej bermakna dari jenama untuk orang umum, tanpa mengira pelanggan atau bukan. 

Copywriting ini bertanggungjawab menyampaikan nilai yang dibawa syarikat kepada khalayak ramai melalui pelbagai saluran media yang digunakan oleh jenama tersebut.

Hal ini juga akan mempengaruhi isu seperti pendapat, kepercayaan dan perasaan orang luar terhadap jenama. 

Penulisan ini juga mampu mengubah tanggapan orang luar terhadap sesuatu jenama, dan boleh membantu membersihkan nama syarikat sekiranya ada khabar berita yang tak diingini. 

Contohnya seperti syarikat terkenal tudung di Malaysia yang sudah berkali-kali meniru rekaan tudung bisnes kecil yang masih mempunyai ramai penyokong.

Hasil copywriting perhubungan awam yang mantap dan berjaya, isu rekaan tiruan dapat diketepikan peminat tudung jenama tersebut. 

7. Thought Leadership Copywriting

Thought Leadership Copywriting adalah menulis sebagai peneraju sebuah ideologi baru. Walaupun dalam dunia moden kita rasa semua perkara dah diterajui, tapi masih ada banyak yang boleh kita teroka dan bantu khalayak ramai fahami. 

Contohnya seperti bidang digital marketing. Walaupun bidang ini dah wujud lama, masih ramai rakyat Malaysia yang belum cakna dan memahami bidang ini sepenuhnya. Jadi, thought leadership copywriting akan bantu dari segi itu. 

Membantu khalayak ramai fahami bidang dan menjadi pemimpin ideologi berkaitan bidang tersebut. Contoh lebih spesifik yang boleh kita lihat seperti Laman 7 yang pakar dalam SEO, Huzeifa Studio yang fokus pada bahan kreatif untuk digital marketing

Jadi, copywriting yang bersesuaian akan menonjolkan jenama kita sebagai ‘thought leaders’ dan sangat berguna untuk kita bina komuniti dalam bidang pilihan. 

Melalui thought leadership copywriting juga kita dapat bina keyakinan dan kepercayaan orang luar terhadap jenama kita. 

8. SEO Copywriting

SEO adalah Search Engine Optimization, jadi, penulisan SEO bertujuan untuk mengoptimumkan pencarian bahan penulisan tersebut, contohnya di enjin carian Google. 

Pengoptimuman penulisan tersebut ada dua bahagian penting; SEO teknikal dan SEO permukaan. Antara ciri-ciri yang perlu diambil berat semasa buat penulisan SEO adalah tajuk spesifik dan bentuk penulisan. 

Penulisan SEO yang bagus akan membantu meningkatkan kesedaran orang luar terhadap jenama kita. Melalui SEO, orang ramai mampu mengenali jenama dan akan meningkatkan peluang jenama kita mendapat pelanggan. 

Walaupun penulisan ini untuk enjin carian seperti Google, perlu juga kita ingat, yang akan membaca tulisan tersebut adalah orang, bukan mesin. Jadi, tulisan tersebut perlu memenuhi kemahuan pembaca. 

Penulisan SEO yang baik juga dapat bantu kita raih lawatan ke laman web. Semua bergantung pada kata kunci SEO yang kita akan pilih dan cuba dapatkan tempat pada enjin carian pilih kita (Google, Ecosia, Bing). 

9. Email Copywriting

Copywriting untuk emel ada beberapa format yang perlu dipatuhi. Antaranya termasuklah perlukan ayat subjek yang menarik, isi yang padat serta tepat dan Call-to-Action (CTA) yang jelas. 

Setiap hari, lebih 270 bilion emel dihantar dan diterima.

Hanya dalam 24 jam, bertubi-tubi emel masuk, sama ada dalam bentuk promosi atau maklumat.

Emel juga merupakan salah satu saluran pemasaran yang besar manfaatnya, sebab kita boleh bina komuniti. 

Copywriting untuk emel sangat berguna bagi bisnes yang ingin mengajak dan mendidik komuniti tentang sesuatu bidang. Melalui pendidikan di dalam emel itu juga, kita dalam tingkatkan pujukan untuk beli produk atau servis. 

Antara tips copywriting berkesan penting semasa buat penulisan emel adalah penjarakkan yang konsisten.

Ramai orang buka emel di telefon, jadi pastikan ayat yang disampaikan pendek supaya tak terlalu sukar dibaca di skrin kecil. 

Email copywriting juga beri kita peluang untuk berinteraksi secara terus dan personal dengan prospek, dan melalui cara ini pelanggan rasa lebih dihargai dan lebih terbuka hati untuk membeli produk atau servis kita. 

2. Copywriter

Orang yang bertanggungjawab terhadap sebuah copywriting dipanggil sebagai copywriter, atau penulis salinan, atau penyalin. 

1. Siapa layak jadi copywriter?

Semua orang ada peluang yang sama untuk jadi copywriter. Copywriting adalah kemahiran yang perlu kita pelajari, sama macam kemahiran lain. Anda baru buat keputusan untuk jadi copywriter 5 minit lepas? Tiada masalah. 

Walaupun semua orang ada peluang sama untuk jadi copywriter, orang yang sepatutnya menjadi copywriter adalah orang yang paling mengenali produk dan pelanggan. 

Orang yang lebih pengetahuan tentang produk dan pelanggan ada kelebihan copywriting kerana sebahagian besar copywriting memang bergantung terhadap berapa banyak perkara kita tahu tentang sesuatu produk atau jenama. 

Sesebuah bisnes akan lebih meraih keuntungan jika copywriter mereka mendalami penyelesaian produk, mengenali pelanggan yang memerlukan produk dan ada kemahiran menulis yang baik. 

2. Apa yang copywriter perlu tahu?

Secara azali, copywriter perlu ada kemahiran menulis yang baik. Tatabahasa dan struktur ayat yang lengkap serta ringkas. Mempunyai kemahiran menjelaskan konsep yang sukar dalam bahasa mudah juga satu kelebihan. 

Selain kemahiran menulis, copywriter juga perlu mengenali produk yang ingin diiklankan. Apa masalah yang produk dapat selesaikan? Apa manfaat produk terhadap pelanggan? Macam mana produk tersebut dihasilkan? Kenal produk sebelum menulis. 

Copywriter juga perlu tahu tentang pelanggan.

Masalah apa yang pelanggan sering hadapi? Mengapa pelanggan tidak mahu beli produk? Apa latar belakang kerja dan keluarga pelanggan? Apa hobi mereka? Apa status kewangan mereka?

Pengetahuan mendalam aspek ini akan membantu penulisan yang lebih lancar, jadi copywriter memang perlu tahu perkara ini sebelum menulis iklan. Jangan buat andaian sendiri. Kaji dulu sebelum hasilkan apa-apa penulisan.

Kenapa perlukan copywriting?

Apa pentingnya copywriting terhadap bisnes? 

Tanpa copywriting, tak mungkin akan ada jualan. Jualan melibatkan copywriting dalam perkara yang mungkin kita tidak beri perhatian.

Segala penerangan produk pada media sosial, laman web, atau cetakan adalah copywriting

1. Kenapa perlu copywriting yang fokuskan pelanggan?

Sebagai bisnes, mungkin kita ada perasaan lebih tahu tentang sesuatu produk daripada orang luar yang tidak mengenali produk. Kita juga mungkin ada andaian tentang mengapa orang membeli produk kita. 

Namun, pembelian dibuat oleh pelanggan, bukan bisnes.

Jadi, sebagai contoh copywriting perlu sesuai dengan apa yang pelanggan mahu, lebih daripada apa yang bisnes tahu. 

Contohnya, kita andaikan orang membeli kasut sebab bahan buatan kasut tersebut adalah 100% mesra alam. Tetapi, bila kita bertanya pada pelanggan, jawapan mereka mungkin berbeza. 

Pelanggan mungkin beli kasut kerana corak yang cantik, warna yang lain dari yang lain, tanpa mempedulikan bahan buatan kasut tersebut yang 100% mesra alam.

Itulah yang dimaksudnya dengan copywriting yang fokus pada pelanggan. 

2. Kenapa jualan perlukan copywriting?

Copywriting bukanlah faktor utama jualan, tapi copywriting boleh jadi “push factor” untuk jualan.

Copywriting akan sedikit sebanyak tolak pelanggan kita untuk beli produk. Macam mana copywriting boleh tolak mereka?

Contohnya mungkin ada pelanggan yang tiada niat membeli coklat kita, tapi dengan copywriting yang fokuskan coklat sebagai hadiah kepada orang tersayang, mereka akan beli. 

Sama macam iklan ikonik Telekung Siti Khadijah. Berapa kali orang beli telekung dalam setahun? Mungkin tidak banyak. Tetapi, untuk hadiahkan telekung pada orang lain, dalam setahun boleh hadiahkan berkali-kali pada orang berbeza. 

Produk yang baik perlukan copywriting yang baik untuk meningkatkan jualan dan menyebarkan jenama pada orang ramai. 

3. Kenapa perlu copywriting dalam grafik kreatif?

Ada antara iklan grafik tidak perlukan perkataan atau copywriting langsung. Tetapi, kebanyakkan iklan grafik perlukan copywriting. Copywriting tujuannya memang untuk pengiklanan. 

Tetapi, boleh jadi juga sesebuah iklan grafik itu dapat difahami tanpa copywriting. Contohnya iklan cecair pembersih Ajax ini. 

Contoh grafik kreatif

Dalam waktu yang sama, ada iklan grafik yang lebih bermakna dengan copywriting. Contohnya iklan McDonalds’ Malaysia yang berbeza-beza mengikut negeri ini. 

Contoh copywriting kreatif


Inilah sebab kita perlukan copywriting.

Tanpa ayat, papan iklan tersebut hanya menunjukkan sebuah ais krim.

Tetapi, dengan ayat, kita dapat kaitkan ais krim tersebut dengan Gunung Kinabalu melalui imaginasi mereka yang nampak iklan tersebut. 

Bila copywriting diperlukan?

Waktu jualan dalam talian (online) sedang pesat sekarang adalah waktu paling bagus untuk mula belajar kemahiran copywriting. Endemik COVID19 akan berterusan dan menjadikan beli belah secara atas talian sebagai norma baru dalam hidup kita. 

Melalui copywriting, lebih ramai orang akan yakin dengan produk yang kita jual.

Copywriting boleh menyampaikan manfaat produk dengan baik dan dapat meningkatkan jualan. Tanpa copywriting, pelanggan mungkin kurang percaya dengan produk. 

Bisnes yang sedang berkembang juga perlukan copywriting. Copywriting yang bagus menghasilkan iklan yang bagus dan iklan yang bagus boleh kita gunakan untuk waktu yang panjang. 

Copywriting yang bagus juga dapat menggalakkan pelanggan terus membeli produk tanpa kerisauan, jadi bisnes yang sedang berkembang memang perlukan copywriting yang mantap. 

Di mana copywriting diperlukan?

Pengiklanan boleh berlaku dalam banyak saluran, jadi, sebagai contoh copywriting diperlukan dalam setiap saluran iklan yang bisnes kita ada.

Paling utama sekali kita perlukan copywriting untuk laman web jualan. 

Selain dari laman web jualan, kita boleh juga manfaatkan copywriting dalam emel dan konten media sosial.

Copywriting dapat bantu pelanggan lebih mengenali jenama kita dengan cara penulisan yang konsisten dalam emel atau konten media sosial. 

1. Bisnes niche apa perlukan copywriting?

Semua bisnes perlu manfaatkan copywriting sebab tiada contoh copywriting yang merugikan bisnes. Industri yang perlukan copywriting sekarang termasuklah penjagaan kesihatan, teknologi, kewangan dan bisnes kecil persendirian. 

Kesihatan, teknologi dan kewangan adalah antara industri yang sukar difahami tanpa asas yang kukuh. Copywriting akan membantu khalayak ramai memahami konsep yang sukar dengan penjelasan yang ringkas. 

Jadi, bisnes dalam niche kesihatan, teknologi dan kewangan digalakkan memanfaatkan copywriting dan membuka ruang pekerjaan kepada copywriter

2. Manfaat copywriter kepada bisnes

Tahun 2019 menjanjikan peluang pekerjaan yang besar kepada copywriter, dan perkara itu masih tidak berubah hingga tahun 2021. Kemahiran memujuk melalui penulisan ini menjadi permintaan tinggi. 

Norma baharu yang menggalakkan penjarakan sosial dan pembayaran tanpa tunai sangat meningkatkan peluang perkembangan bisnes dengan copywriter yang berpengalaman.  

Bisnes mampu bina komuniti dengan copywriting yang mantap dan raih jualan melalui komuniti tersebut. Copywriter juga mampu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang nilai dan prinsip syarikat dan manfaat produk. 

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Siapa perlukan copywriting?

Seperti yang telah dijelaskan, copywriting penting untuk bisnes yang ingin berkembang, jadi, copywriter ada peranan yang penting dalam sesebuah bisnes. 

Antara agensi yang sangat perlukan copywriting adalah agensi pengiklanan. Iklan yang bermutu dapat dihasilkan dengan copywriting yang bersesuaian, dan agensi pengiklanan banyak menghasilkan iklan dari bidang berbeza. 

Kajian mendalam wajib dilakukan sebelum menulis iklan dan copywriter adalah orang yang paling berpengetahuan mengenai kajian produk. 

1. Orang yang menjual produk

Selain menjadi ejen mempercepatkan jualan, copywriting juga bertanggungjawab memberi penerangan dan hiburan kepada prospek yang akan menjadi pelanggan. 

Jadi, walaupun copywriting produk belum menyebabkan jualan, copywriting boleh menjadi sumber informasi pelanggan. 

Mungkin ada pelanggan yang jenis buat kajian dan perbandingan jenama produk yang ingin dibeli, dan dengan copywriting kita boleh meyakinkan mereka untuk beli produk kita. 

2. Orang yang menjual servis

Jualan servis lebih memerlukan copywriting berbanding jualan produk. Produk ada demonstrasi yang meningkatkan kefahaman pelanggan terhadap kegunaan produk, tetapi servis tiada. 

Selain menyebarkan kehebatan servis dari mulut ke mulut, copywriting dapat bantu kefahaman pelanggan terhadap servis kita. 

Informasi yang disampaikan melalui copywriting membantu pelanggan memahami dan mempercayai servis yang kita tawarkan. 

Jadi, jualan servis juga perlukan copywriting yang berpatutan untuk raih lebih ramai pelanggan selain melalui khabar angin dari pelanggan. 

Bagaimana cara buat copywriting?

Penulisan iklan perlukan seni pujukan yang tinggi, tetapi jika anda masih baru dalam mempelajari kemahiran copywriting, hanya ada beberapa langkah penting yang perlu anda kuasai. 

1. Fahami produk/servis

Penting untuk tahu secara mendalam tentang produk atau servis yang ditawarkan.

  • Apa keistimewaan produk anda?
  • Apa kelebihan servis anda berbanding servis lain?

Apa masalah yang mampu pelanggan selesaikan dengan produk/servis anda? Apa proses yang dijalankan untuk memastikan produk/servis anda adalah yang terbaik untuk mereka? 

  • Apa komponen produk yang membantu pelanggan?
  • Apa langkah servis anda untuk selesaikan masalah pelanggan?
  • Dari mana bahan produk dihasilkan?

Strategi apa yang digunakan dalam servis? Kenal produk secara menyeluruh. 

2. Fahami pelanggan

Selepas mengenali produk/servis, pastikan anda kenal pelanggan anda. Keutamaannya adalah mengenalpasti apa masalah mereka yang mampu produk/servis anda selesaikan. 

Kenalpasti juga jarak umur pelanggan yang perlukan produk, apa latar belakang pekerjaan mereka, apa latar belakang keluarga dan keadaan kewangan mereka. 

Mengenali kawasan geografi pelanggan anda juga boleh menjadi satu faktor penting copywriting.

Ada bisnes yang menggunakan loghat mengikut kawasan negeri untuk menarik pelanggan spesifik dari kawasan tersebut. 

3. Cari angle

Mengenali pelanggan dapat membantu kita mencari sudut atau ‘angle’ yang sesuai semasa menulis sebuah iklan. Jom baca tentang angle dan contoh copywriting lebih lanjut di sini.

Angle yang tepat dapat menarik pelanggan spesifik. Contohnya sekarang, iklan yang berfokuskan sudut rentas negeri bersesuaian dengan isu semasa, jadi, kita boleh iklankan kuih muih untuk dimakan semasa perjalanan balik kampung. 

Ada juga bisnes yang mengambil peluang mempromosikan homestay atau rumah sewa bagi mereka yang ingin pulang ke kampung. 

Pilih dan cuba angle berlainan sebanyak yang mungkin dalam copywriting

4. Guna formula

Kegunaan formula adalah untuk membantu kita menulis copy yang tepat dan padat. 

Pengiklan ada masa yang sangat singkat untuk pastikan pembaca baca iklan sehingga akhir, jadi, formula memastikan kita memasukkan perkara penting yang pembaca ingin tahu berkaitan produk atau servis. 

1. PASTOR

Problem: Ayat pertama iklan selalunya akan terus fokus kepada masalah yang pelanggan hadapi supaya produk yang kita tawarkan dapat menjadi penyelesaian untuk mereka dan menarik pelanggan yang sepatutnya.

Amplify: Selepas dapat perhatian pelanggan dengan masalah yang mereka hadapi, kita boleh menegaskan apa akan jadi jika mereka tidak menyelesaikan masalah mereka dengan segera. 

Solution: Di sini kita akan jelaskan yang kita boleh bantu menyelesaikan masalah mereka dengan produk atau servis yang kita tawarkan. 

Testimony: Digalakkan juga kita masukkan sedikit testimony untuk yakinkan mereka dan gesa mereka untuk selesaikan masalah. 

Offer: Jika produk kita ada promosi beli satu percuma satu atau lain-lain, boleh juga kita masukkan dalam copywriting. Promosi boleh jadi faktor jualan yang besar, jom baca jenis-jenis promosi di sini.

Response: Pada akhir penulisan copywriting, kita perlu pastikan pembaca ada ambil tindakan. Hubungi sekarang, dapatkan sekarang, tekan pautan, buat tempahan dan sebagainya. 

2. AIDA

Attention: Ambil perhatian pembaca dengan ayat pertama yang menarik. Soalan, masalah yang dihadapi, fakta mengejutkan. Guna tajuk yang mampu menarik perhatian mereka untuk baca iklan penuh. 

Interest: Pastikan pembaca berminat dengan produk atau servis yang kita tawarkan. Jawab persoalan mereka, bagi penyelesaian, beri statistik. 

Desire: Perkenalkan produk atau servis anda dan manfaat yang mereka boleh dapat dengan jenama anda. Buat pembaca rasa apa yang mereka impikan boleh dicapai dengan produk atau servis anda. 

Action: Pastikan mereka ambil tindakan sejurus selepas baca iklan anda. Sama macam formula PASTOR, semua copywriting wajib ada tindakan yang perlu ambil yang jelas.  

3. PAS

Problem: Fokus masalah yang pelanggan hadapi untuk tarik pelanggan yang sepatutnya dari awal iklan. Lebih spesifik masalah yang pelanggan anda hadapi, lebih penting untuk mulakan iklan dengan masalah tersebut. 

Agitate: Beri sedikit informasi komplikasi apa yang mungkin berlaku jika mereka tak menyelesaikan masalah lebih awal, mungkin akan buat mereka gelisah hingga mereka menyelesaikan masalah mereka. 

Solution: Tawarkan produk anda sebagai penyelesaian kepada masalah mereka. Pastikan mereka yakin dengan manfaat yang produk anda boleh berikan untuk meringankan beban masalah mereka. 

5. Tulis copy

Tulis copy anda mengikut formula supaya iklan anda tidak meleret bercerita perkara yang tidak berkaitan atau tidak menyakinkan pelanggan. 

Iklan anda juga perlukan tatabahasa yang baik, ejaan yang betul, dan ayat yang mudah difahami. 

Penutup

Inilah sedikit sebanyak asas copywriting yang Monocal belajar sepanjang beroperasi. Jadi, apa pendapat anda? Sanggup belajar kemahiran copywriting ini sendiri atau mahu upah copywriter

Panduan contoh copywriting ini akan membantu meningkatkan jualan anda dalam keadaan ekonomi Malaysia yang baru meningkat semula. 

Kalau anda ingin Monocal buatkan copywriting yang hebat untuk produk/servis anda, anda hanya perlu isi maklumat di sini.

Monocal juga akan adakan sesi webinar berkaitan copywriting. Nantikan!

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Leave a comment

  1. Marketing Copywriting - Aspek Penting Dalam Menghasilkan Penulisan Kempen Pemasaran Yang Berkesan | Monocal
    Permalink
  2. Tips Copywriting Berkesan: 5 Latihan Untuk Tambah Baik Penulis Iklan | Monocal
    Permalink
  3. Contoh Ayat Copywriting Power: Mitos Atau Realiti? | Monocal
    Permalink
  4. 7 Cara Buat Copywriting Power (Supaya Prospek Tak Sabar-Sabar Membeli) | Monocal
    Permalink
  5. Contoh Copywriting Makanan: 5 Contoh Iklan Facebook Yang Anda Boleh Kaji | Monocal
    Permalink
  6. Contoh Copywriting Jualan Baju: Kami Kaji 5 Iklan Facebook 2022 | Monocal
    Permalink
  7. Lihat Contoh Copywriting Skincare Pelbagai Jenama Di 2022 | Monocal
    Permalink
  8. Contoh Copywriting Terbaik: Contoh Inspirasi Copywriting Terbaik Dari Perodua Myvi | Monocal
    Permalink