Bagaimana Michelin Gunakan Content Marketing 100 Tahun Yang Lalu
Michelin bermula di Clermont-Ferrand, France pada tahun 1900. Zaman ini tiada internet, tiada media sosial, hatta TV pun belum ada lagi ketika ini. Tapi Michelin berjaya buat content yang viral ke serata Eropah. Nak tahu apa rahsia mereka merangka strategi content marketing?
Michelin diasaskan oleh Andre dan Edouard Michelin. Semasa mereka mulakan perniagaan tayar, kereta yang ada di Perancis tidak sampai 3,000 buah pun.
Kereta adalah sebuah teknologi baru. Biasanya orang gunakan untuk pergi berkelah di hujung minggu bersama keluarga. Sebab apa tak guna pergi ke tempat lain? Sebab mereka tak tahu mana tempat-tempat menarik, tak hafal jalan lagi. Mereka masih belum biasa berjalan jauh. Lagipun masa tu belum ada internet dan waze macam sekarang.
Jadi dalam kepala pemilik kereta ada 1001 soalan. Nak tukar tayar macam mana? Stesen minyak terdekat di mana? Hotel ada kat mana? Kalau kereta rosak kat mana ada bengkel?
Lahirnya Michelin Guide
Daripada soalan-soalan ini, adik beradik Michelin ini dapat satu idea untuk hasilkan Michelin Guide setebal 400 halaman bagi menjawap semua persoalan ini. Dalam Michelin Guide ini ada peta, lokasi-lokasi menarik, restoran mana yang okay, cara-cara nak tukar tayar dan macam-macam lagi.
Mereka cetak 35,000 copy dan edarkan secara percuma sahaja. Ingat masa ni tak sampai 3,000 lagi kereta yang ada di sana, tapi kenapa mereka berani untuk cetak banyak?
Sebenarnya ini adalah strategi mereka untuk membuatkan orang rasa nak beli kereta. Dan mereka percaya semua orang akan ada kereta nanti.
Disebabkan kandungan dalam Michelin Guide ini sangat berguna kepada pemandu, akhirnya ia tersebar ke seluruh Perancis.
Anda rasa bila pemilik kereta nak tukar tayar, mereka akan tukar dengan siapa? Sudah tentu lah dengan Michelin. Secara tidak lansung Michelin telah masuk ke dalam kepala pelanggan.
Beberapa tahun kemudian Michelin Guide tersebar ke negara-negara jiran seperti Belgium pada tahun 1904, ke Algeria dan Tunisia pada 1907, ke Germany, Spain dan Portugal pada 1910.
Seterusnya Michelin Guide berevolusi kepada sistem pengredan restoran sehingga ke hari ini.
Apa yang kita boleh belajar daripada Michelin?
- Kenal dan faham pelanggan
Michelin tahu apa persoalan yang ada dalam kepala pelanngan mereka. Jadi tugas mereka adalah membantu pelanggan mendapatkan jawapan. - Hasilkan konten bermanfaat
Michelin guide berjaya bantu pemilik kereta yang kurang ilmu berkaitan kereta ketika itu. Konten mereka tidak fokus kepada menjual, tetapi lebih kepada konten-konten yang membantu pembaca.
Bila anda buat konten untuk bisnes anda, jangan buat konten separuh masak, jangan buat sekadar ada sahaja.
Kena ingat, content marketing adalah long term game. Fokus hasilkan konten-konten bermanfaat yang menyelesaikan masalah audience anda.
Kalau anda jual tupperware mungkin boleh buat konten resipi-resipi mudah untuk bawa bekal ke pejabat.
Kalau buat servis repair iPhone boleh tips penjagaan bateri.
Boleh juga baca artikel ini untuk tips bagaimana nak rancang content marketing buat bisnes anda.