Case Study: Dengan Chatbot, Hanya 2 Staf Diperlukan Untuk Uruskan 200 Leads Sehari
Ini adalah sebuah case study klien Monocal.
“Dua orang staf je untuk uruskan 200 leads sehari,”
ANONYMOUS
1 – Latar Belakang
Brand ini menawarkan produk yang memberikan pengalaman sauna di spa di dalam rumah atau dalam bahasa mudahnya mobile sauna. Lebih mudah lah wanita di luar sana menurunkan berat badan dengan adanya sauna sendiri di rumah mereka.
Walaupun produk ini dijual pada harga RM200++, ia tetap mendapat sambutan daripada surirumah yang perlukan “me-time” dan “self-care“. Bauan herba menenangkan yang hadir bersama mobile sauna membuatkan pembelian lebih berbaloi.
Klien Monocal ini menggunakan ejen dan dropship sebagai channel utama jualan. Sebelum kedatangan Monocal, mereka mencari ejen dropship melalui Facebook dan kemudian akan berurusan di WhatsApp.
Ini adalah case study bagaimana klien Monocal scale up bisnes mereka dan tingkatkan jumlah ejen dengan mengekalkan 2 orang sales staff dalam tempoh 3 bulan.
2 – Masalah
Klien ini mahu meningkatkan jumlah leads bagi meningkatkan jumlah ejen mereka. Target audience mereka adalah surirumah.
Apa yang mereka perlukan adalah satu cara di mana mereka mampu dapatkan 200 leads sehari daripada ads Facebook, dan mampu menukar leads berkualiti kepada ejen yang menjual produk. Sebelum ini mereka hanya dapat 100 leads sahaja sehari daripada ads Facebook.
Tapi, dengan hanya dua (2) orang sales staff, agak mustahil untuk mereka uruskan sehingga 200 leads sehari. Tambah lagi leads yang masuk adalah dalam kalangan surirumah yang sibuk menguruskan keluarga, kalau lambat respon semakin rendah kemungkinan untuk yakinkan mereka untuk menjadi ejen.
Jadi klien kami perlukan satu solusi bagi menguruskan 200 leads sehari dengan lebih efisyen supaya lebih ramai leads yang berjaya ditukarkan menjadi ejen.
Jadi, macam mana mereka berjaya scale up dengan bantuan Monocal dalam case study ni?
3 – Penyelesaian
Secara spesifik, klien kami perlukan bantuan untuk menguruskan leads yang masuk. Mereka perlukan tambahan pekerja untuk layan seramai 200 leads sehari. Tapi kalau tambah pekerja kos overhead akan meningkat pula.
Jadi Monocal cadangkan supaya mereka gunakan chatbot.
Kalau anda nak tahu apa kebaikkan gunakan chatbot untuk bisnes ada, boleh baca lebih lanjut di sini. Dengan chatbot, mereka dapat scale up bisnes mereka tanpa ambil pekerja baru.
Ini bentuk chatbot yang menjadi case study kali ini:
Dengan penggunaan chatbot, setiap leads yang masuk ke Messenger akan terus diberikan pilihan urusan spesifik yang mereka nak. Dan bila mereka klik/tap pilihan “nak jadi ejen”, lebih mudah kerja staf untuk terus berhubung dengan mereka berkenaan topik yang sepatutnya.
Monocal uruskan bahagian teknikal untuk setup chatbot dan klien sediakan informasi berkaitan. Dengan chatbot, sales staff tidak perlu balas satu demi satu persoalan daripada leads yang masuk, mereka boleh fokus lebih di bahagian closing. Sekarang, seperti yang anda baca sepanjang case study kali ini, urusan mereka lebih mudah dan efisyen.
4 – Hasil
Hasil penggunaan chatbot, Monocal telah menjimatkan masa kedua-dua pihak, leads klien kami dan juga staf klien kami. Sejak bukan May mereka menggunakan chatbot, mereka secara konsisten mendapat leads sebanyak 100+ sehari. Hinggalah bulan July lepas, dimana “messanging connections” mereka berjaya cecah 2,000.
Dengan target maksimum Cost Per Acquisition (CPA) sebanyak RM10 dan bantuan chatbot, klien kami berjaya capai sebanyak 200 leads sehari, dan setiap leads berjaya dilayan walaupun dengan 2 orang sales staff sahaja.
Klien kami berjaya scale up bisnes tanpa mengambil pekerja baru, jualan meningkat tetapi kos overhead masih kekal sama. Macam tak masuk akal yang 200 leads berjaya diuruskan oleh chatbot, tapi itulah yang terjadi pada bisnes klien kami.
Anda pun boleh mudahkan urusan, jimatkan masa, kos dan tenaga dengan penyelesaian yang sama. Jom dapatkan konsultasi daripada Monocal hari ini. Mungkin bisnes anda boleh menjadi case study Monocal seterusnya.