3 Langkah Mudah Nak Dapatkan Winning Ads
“Benci lah fb. Im having a hard time to retest ads and finally got a winning ads PASTU FB FREAKING REJECT MY WINNING ADSSSSSSS now kena restart againnn the process”
UNKNOWN
Sebelum kita pergi lebih jauh, mungkin ada yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan winning ads. Winning ads bermaksud ads yang akan bagi kita hasil paling bagus.
Yang akan ‘win’ pelanggan untuk bisnes kita. Winning ads ni ads yang convert pelanggan paling ramai, dan bila kita tengok metrics, ads ni sentiasa perform walaupun kita run untuk masa yang lama.
Dah faham kan winning ads tu apa? Sekarang kita nak tengok pula macam mana cara dapatkan winning ads.
Monocal nak dedahkan RAHSIA yang kami guna untuk dapatkan winning ads. Winning ads dah bagi pulangan berganda untuk client Monocal.
Ada 3 langkah mudah yang anda perlu ikut. Jom! 🚀🚀🚀
PENAFIAN: Winning ads ini tak turun dari langit.
Bukan sekali buat terus jadi. Ini juga bukan formula magik. Nak dapatkan winning ads perlu banyakkan testing. Test, test, test dan test sampailah jumpa.
Ini cara digital marketer di Monocal buat testing.
1 – Pilih parameter
Untuk kita cari dan dapatkan winning ads, tak kiralah niche fesyen ke, makanan dan minuman ke, marketing ke, atau apa sahaja niche, ada 4 parameter penting yang kita perlu tahu.
- Headline
- Copy
- Creatives
- Audience
Jadi, langkah pertama untuk kita dapatkan winning ads ni adalah pilih parameter yang kita nak test.
Lebih elok kalau kita test ikut urutan sebab bila orang tengok ads dia akan nampak headline dulu. Kalau headline menarik baru dia teruskan baca copy dan seterusnya.
Bak kata digital marketers Monocal,
“Bila kita nak test, pilih satu parameter, dan parameter lain kena malarkan (constant)”.
AIMAN
Macam eksperimen sains sekolah dulu. Kalau kita nak test pokok perlukan matahari atau tak, satu letak dalam almari, satu lagi letak di tingkap. Tapi yang malar atau constant adalah kita siram pokok tu dengan air sama banyak.
Macam tu juga bila kita bereksperimen dengan ads.
Bila kita test satu parameter, parameter yang lain kita kekalkan. Bila kita nak test headline, kita letak beberapa jenis headline dan buat ads guna 3-4 headline berbeza.
Tetapi, copy, creatives dan audience kita perlu kekalkan sekurangnya untuk 3 hari.
Kenapa 3 hari? Sebab dalam 3 hari tu Facebook algorithm masih dalam fasa learning. Boleh baca lebih lanjut pasal fasa learning Facebook di sini.
2 – Tengok metrics
Lepas kita dah decide parameter mana kita nak test, kita kena pastikan kita nak buat campaign apa. Lain campaign lain metrics yang kita perlu tengok.
- Campaign conversion E-commerce; kita akan tengok ROAS (lagi tinggi lagi bagus)
- Campaign Traffic; kita akan tengok Outbound Click (lagi tinggi lagi bagus) dan CPL (lagi rendah lagi bagus)
- Campaign Inbox; kita akan tengok CPL (lagi rendah lagi bagus)
Kalau metrics utama ni semua okay, maka apa yang kita test tu cantik dan berkesan, maksudnya headline yang kita test tadi memang merupakan komponen untuk winning ads kita. Tapi kalau metrics utama takde result nak tengok apa pula?
Bila metrics utama tiada result, kita tengok CTR.
Di Monocal, sebagai rule of thumb, kami pentingkan berapa CTR ads. Kalau CTR average sama sahaja dengan ads yang kita pernah run sebelum ni, biar saja ads kita tengah test tu berjalan.
Tapi, kalau metrics utama tiada hasil, dan CTR pun ke laut, tutup ads tersebut. Sebab membazir duit kalau CTR dan main metrics dua-dua tiada hasil. Dan situ juga bermaksud headline kita test tu bukan komponen winning ads yang kita nak.
Kalau CTR tiada hasil, tapi main metrics masih ada hasil, kita boleh biar ads tu jalan macam biasa sebab kita boleh scale up.
Ikut cara ni, kita dapat pastikan headline mana yang bagus, yang buatkan orang click ads kita. Gituhh.
3 – Test!
Lepas dah pilih parameter dan tengok metrics, tunggu apa lagi? Test parameter lain pula! 🤩🔥
Lepas kita dah test headline, dah jumpa headline padu yang orang akan klik, kita test pula copy. Copy mana paling berkesan? Yang buat orang terus beli produk? Yang buat orang bertanya?
Kemudian kita test pula creatives; creative macam mana yang orang suka? Yang orang akan share pada kawan, ajak kawan beli produk sekali? Creatives mana yang orang tengok lebih 5 saat? Jenis apa?
Semua ni kita kena test.
Test, test, test dan test.
Test dan tengok metrics. Metrics cun, maka itulah komponen winning ads kita.
Dah ada komponen – gabungkan! Itulah winning ads anda 😁
Jadi begitulah nak dapatkan winning ads. Senang je, kan? Tak overcomplicated pun.
Bolehlah cuba bereksperimen dengan lebih tersusun lepas ni.
Kalau taknak pening kepala buat eksperimen atau anda tak sempat nak buat testing banyak-banyak, usah bimbang. Apa kata Monocal bantu anda untuk dapatkan winning ads?
Jangan terlepas tips menarik dari Monocal, jom subscribe newsletter dan channel Telegram sekarang dan follow Instagram, Twitter serta like Facebook page Monocal!
Monocal juga ada komuniti untuk digital marketers dan business owners yang nak belajar pasal digital marketing!
Permalink
Permalink