Tips Optimize Website

7 Rahsia Untuk Optimize Website Bisnes Dan Tingkatkan Sales

100 orang tengok website, tapi 10 orang saja beli. Kenapa?

Untuk ada website yang orang selalu tengok memang susah. Tapi, tak mustahil. Kalau tahu rahsia, memang senang. Semua bisnes nak website yang laju, cantik dan orang suka tengok.

Tapi ‘orang suka tengok’ saja tak cukup. Semua bisnes perlukan website yang ‘orang suka tekan’. Tekan link dari search engine, tekan produk, tekan detail produk, tekan add-to-cart, tekan payment.

Nak dapatkan action dari website ni perlu sedikit usaha, dan waktu PKP macam ni antara waktu paling sesuai untuk tambah baik website!

Bila PKP je ramai orang nak beli produk online, jadi memang bisnes perlu bagi perhatian sepenuhnya dengan website. Kalau susah nak checkout barang, nak check produk detail dan nak bayar di website, customer ragu-ragu nak beli barang.

Jadi, jom optimize website supaya customer suka beli di website! 👇🏻👇🏻👇🏻

1 – Analisis data website

Macam mana nak analisis data website? Senang je, jom guna heatmap tools. Macam yang dah list kat sini, antara heatmap tools yang free ni macam Smartlook, MouseStats, ClickHeat, Heatmap.me dan Hotjar.

Kegunaan heatmap ni adalah kita nak tengok, bila orang datang ke website kita, mereka akan tekan mana satu? Akan spend masa paling banyak kat section mana? Akan scroll laju-lagu di bahagian mana? Macam ni:

Jadi, ini adalah data yang bagi peluang untuk kita tambah baik website. Contohnya, kalau orang selalu tekan section “Produk”, mungkin kita perlu tengok adakah section produk ni laju, senang cari butang untuk ditekan, senang dibaca atau tak?

Dan bahagian yang orang scroll dan tak tengok tu mungkin kita boleh buang atau baiki supaya orang lebih banyak tengok.

Jadi, buat analisis dengan data yang ada dari website bisnes anda.

2 – Buat content relevan

Website kita juga perlu ada content yang relevan. Relevan dengan apa? Niche bisnes, berita semasa, dan boleh juga jenama kita.

Jom baca tips content marketing Facebook/Twitter di sini dan tips Instagram di sini.

Bila website kita ada content yang relevan dengan pelanggan, pelanggan pun akan senang hati nak share link website kepada keluarga atau kawan untuk sama-sama tengok, baca atau beli produk!

Lagi-lagi kalau info di website tu memang ekslusif pasal sale atau voucher percuma pada tarikh tertentu, mesti lagi ramai akan pergi ke website untuk tengok kesahihan info tu 🤩

3 – Buat keyword search

Kita nak bantu website kita naik ranking website setiap kali orang search sesuatu keyword. Contohnya macam kalau kita search ‘ubat gigi’, kita nak produk ubat gigi kita ada pada page pertama carian tu. Macam ni:

Jadi, untuk pastikan benda ni jadi, kena brainstorm perkataan apa yang sinonim dengan bisnes kita. Macam marketing di Malaysia yang berjaya, Sabella (sinonim dengan baju tak perlu gosok), Siti Khadijah (sinonim dengan telekung), Milo (sinonim dengan sarapan).

Cari keyword apa yang orang akan kaitkan dengan jenama kita dan pastikan keyword tu muncul di muka depan website kita tu.

4 – Cuba off-page SEO

Off-page SEO lebih kepada cara untuk optimize website secara external. Antara cara nak buat off-page SEO ni adalah macam buat content yang padu di social media dan link ke website.

Boleh juga kalau hire influencer yang ada kaitan dengan niche bisnes kita untuk buat marketing produk. Atau kalau ada website lain guna website kita sebagai reference, Google akan letak website kita rank atas sebab ada kredibiliti.

Jadi, boleh juga pastikan off-page SEO ni ada juga berlaku walaupun kita tak fokus sangat, untuk pastikan website kita paling atas bila orang search keyword dan dapat lebih ramai orang melawat website kita.

5 – Fokus back-end SEO

Yang kita perlu letak sepenuh perhatian dan fokus adalah pada back-end SEO. Untuk pastikan website kita naik ranking di Google.

Sama macam off-page SEO, kita kena pastikan keyword yang sinonim dengan jenama kita ada banyak, bukan hanya di muka depan website, tapi juga page lain-lain website kita macam bahagian produk, produk detail, promotion, polisi dan lain-lain.

Perlu letak fokus lebih pada back-end ni sebab supaya bila ranking website naik, lebih ramai orang tekan dan lawat website kita.

Tapi, bahagian back-end ni ada libatkan coding, jadi pastikan bisnes anda ada hire programmer untuk bantu back-end SEO ni.

6 – Buat site upgrade

Step ni kita buat lepas dah ada data yang kita nak analisis. Dah ada data, ada buat analisis, mesti kita ada buat tambah baik kan?

Mungkin uprade ni daripada CTA button yang kecil, boleh besarkan. Daripada section produk yang susah cari, boleh upgrade jadi section yang senang ditekan.

Mungkin dari produk detail yang ada satu gambar, boleh upgrade supaya satu produk ada 2-3 gambar dengan cara pakai yang berbeza.

Selain tu, sebagai bisnes mungkin kita terlalu fokus dengan website dalam bentuk monitor-view. Tapi sebenarnya bila orang membeli, selalunya akan tengok di phone, jadi penting untuk ada website versi mobile-view yang user-friendly.

7 – Buat analisis dan audit

Yang paling penting, website yang ada sekarang anda perlu audit! Bayangkan anda customer yang tak pernah guna website produk anda, dan bayangkan apa yang mungkin anda tak suka dengan website sendiri.

Brainstorm dengan team untuk buat website yang paling mudah digunakan untuk semua orang, tak kira orang dewasa atau kanak-kanak, tak kira baru pertama kali guna website atau dah banyak kali.

Sediakan ruang untuk pelanggan beri feedback, supaya boleh tambah improvement setiap bulan atau setiap setengah tahun. Jangan biar website anda statik tanpa perubahan.

Bila website senang nak digunakan, barulah orang suka nak share kepada kawan tentang promosi, voucher atau produk baru. Dan bila mereka dah share website, mungkin ada antara mereka yang berminat nak beli bila proses pembelian tu senang 😉


Jadi, ini sajalah rahsia untuk optimizekan website supaya anda boleh tingkat sales. Hanya dengan jaga aset bisnes anda boleh gandakan sales dan raih lebih ramai customer 🤯

Jom kita sama-sama amalkan tips ni untuk raih lebih banyak client dan customer.

Untuk anda yang nak tahu lebih lanjut tentang content marketing dan social media marketing, jom baca di sini.

Untuk anda yang nak Monocal buatkan digital marketing anda, jom drop emel di stg.monocal.io/subscribe/ sekarang!

Leave a comment

  1. Customer Awareness: 5 Peringkat Kesedaran Pelanggan Yang Anda Perlu Tahu
    Permalink