7 Rahsia Content Marketing Yang Padu Untuk Bisnes Owners: Bahagian 2
Post yang lepas dah cerita sedikit sebanyak pasal taktik content marketing, dan content marketing ni memang luas!
Satu Malaysia riuh tentang vaksin COVID-19 sekarang. Tak kisah jenama Pfizer ke, Sinovac ke, AstraZeneca ke, mesti ramai yang cakap pasal vaksin, secara negatif dan positif.
Apa kaitan content marketing dengan vaksin ni? Dan macam mana brand owners boleh manfaatkan isu semasa macam vaksin ni dalam content marketing?
Apa lagi yang anda, sebagai brand yang menjual produk atau servis perlu buat dengan content marketing untuk tarik audience?
Jom baca sini 👇🏻👇🏻👇🏻
#1 Buat content berkualiti
Content berkualiti ni ada banyak jenis, dan jenis ni mungkin bergantung pada niche bisnes. Kualiti content semua bisnes tak sama sebab content perlu ikut bidang.
Contohnya, bisnes dengan niche fashion, mestilah buat content fashion juga. Dan content yang berkualiti mungkin dalam bentuk tips menggayakan pakaian ke majlis-majlis, atau cara cari pakaian yang bersesuaian dengan warna kulit dan bentuk badan.
Tapi untuk bisnes dengan niche pengurusan wang contohnya, content pun mestilah berkaitan. Content berkualiti mestilah yang beri tips untuk jaga pengurusan wang diri sendiri, atau pengurusan wang untuk ahli keluarga dan lain-lain.
Sebab tu content berkualiti berbeza.
Tapi, apa yang sama antara semua bisnes adalah content paling berkualiti adalah content yang mendidik audience untuk fahami bidang dengan lebih mendalam.
Antara contoh brand yang buat content marketing ni macam Hubspot, yang memang fokus pada marketing, sales dan bisnes. Atau TED yang fokus pada menyebarkan idea berkaitan teknologi, pendidikan dan design.
Kedua-dua brand ni, Hubspot dan TED, dah sebarkan content ke banyak platform, dan kebanyakkan content mereka dalam bentuk mengajar audience tentang ilmu baru.
Bila content yang kita buat dapat mengajar audience sedikit sebanyak tentang niche bisnes kita, dan audience ada sebarkan content tu, maka terjadilah content marketing.
#2 Buat tajuk dengan kata emosi
Content marketing tujuannya adalah untuk promosi content daripada brand kepada audience. Jadi, untuk tarik perhatian audience supaya berhenti dan baca apa yang kita post, kita kena ada tajuk atau headline yang menarik perhatian.
Dan, selalunya, tajuk yang menarik perhatian ni berkait dengan emosi. Sebab tu penting untuk kita guna kata emosi dalam tajuk.
Contohnya kalau kita cari pasal vaksin yang selamat, yang mana memang isu hangat sekarang:
Kata emosi yang ada macam “selamat” yang mana memang kita nak tengok, dan “terjamin”, “bahaya”, “kesan”.
Bila kita dah nampak tajuk dengan kata emosi yang kita cari (selamat), mesti kita akan baca betul tak?
Ada juga brand yang guna peluang ni untuk promote brand, macam Llaollao dan JIBRIL macam ni:
Untuk dua gambar ni, kata emosinya adalah “free” dan “off”, sebab orang memang suka freebies dan diskaun 🤩
#3 Pergi ke platform lokal
Untuk buat content marketing yang sampai ke audience yang nak, kita kena berada di platform yang betul. Dan menurut Statista, orang Malaysia paling banyak berada di Facebook, Instagram dan LinkedIn pada tahun 2020.
Jadi, kalau kita nak reach audience Malaysia, kita kenalah ada dia platform ni. Walaupun content utama kita dah post di website brand kita, perlu juga untuk kita salurkan info yang sama ke platform macam Facebook dan Instagram.
Dalam gambar atas, Siti Khadijah gabungkan isu semasa (double masking & COVID) dengan promosi produk (mask SK), di Facebook, di mana ramai orang Malaysia guna.
Jadi, itulah pentingnya untuk kita berada di mana audience kita berada kalau kita buat content marketing.
#4 Buat analisis pesaing dan kerja dengan data
Nak buat analisis pesaing atau competitor kita senang saja.
Cuba Google keyword bisnes kita dan tengok mana satu nama brand yang teratas. Contohnya macam bisnes panggung wayang, search je ‘panggung wayang di Malaysia’ dan akan dapat list macam ni:
Dah ada list pesaing, boleh la kita tengok strategi pesaing kita dan improve apa yang mereka buat.
Tengok website mereka, apa jenis content yang dibuat, bila content tu dipost, macam mana content tu dibuat, macam mana nak improve.
Macam itulah nak analisa pesaing kita.
#5 Sentiasa tambah baik
Untuk pastikan bisnes kita sentiasa berkembang, kita perlu juga berkembang.
Perlu sentiasa tambah baik, dan bersedia untuk tambah baik content yang ada. Mungkin juga perlu ubah cara kita buat content dan evolve. Trend content dulu tak sama dengan trend content akan datang.
Macam dulu, content video banyak yang general, tapi sekarang lagi ramai yang suka video pendek macam Tiktok atau Reels di Instagram.
Jadi, sebagai brand, kalau kita nak content marketing kita relevan, perlu sentiasa fleksibel pada perubahan dan tambah baik apa yang perlu.
Ini antara brand yang dah pun mula buat content video pendek macam Tiktok atau Reels:
Jadi, penting untuk brand sentiasa bersedia ikut perubahan semasa trend.
#6 Buat content berdasarkan nilai brand
Setiap bisnes mesti ada nilai murni yang mereka pegang sebagai prinsip. Nilai-nilai ni penting untuk kita masukkan dalam content.
Audience bukan saja suka tengok atau baca content kita, tapi mereka nak juga tahu brand dengan mendalam, apa prinsip brand, apa yang brand tu percaya.
Bagi bisnes kecil atau medium, mesti founder ada prinsip sendiri yang mereka pegang sampai boleh bina bisnes yang ada sampai harini.
Antara cara untuk pastikan audience nampak nilai jenama, boleh juga nilai tu diselitkan dalam content. Contoh macam brand ni:
Brand Innersejuk ada selitkan nilai dan prinsip mereka yang percaya dengan keadilan dan kaitkan prinsip tu dengan isu semasa, penjajahan penduduk Palestine.
Usaha untuk masukkan prinsip dan nilai yang dipegang oleh brand dalam content yang ada.
#7 Belajar dari modul latihan topik
Sebelum buat content kita kena belajar dulu. Jadi, perlu cari modul yang melatih topik apa yang bersesuaian untuk buat content marketing.
Nak cari modul ni boleh cari kursus online macam Udemy, Foundr dan search saja situ ‘content marketing’.
Atau mungkin nak pergi lebih spesifik, jadi kita pun search ‘ how to make content’ dan boleh belajar tajuk-tajuk dalam kursus tu.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, jadi kalau sehari belajar sikit pun tak mengapa asalkan hari-hari ada buat.
Bila dah pro dengan tajuk kursus tu, boleh la mula buat content sendiri 🤩
–
Itu sambungan rahsia yang dapat kongsi dalam post kali ni. Untuk dapat notification post lain, jom drop emel anda supaya kami boleh hantar tips bisnes dan marketing terus ke inbox anda!
Berminat nak tau lebih banyak tentang content marketing? Jom baca di sini.
Permalink