7 Jenis Facebook Tools: Kegunaan Dan Kebaikkan
Facebook bukan saja sebuah social media platform, tapi banyak bisnes dah jadikan Facebook sebagai tempat cari rezeki. Jadi, perlu gunakan Facebook sepenuhnya. Dan Facebook juga nak bantu semua penggunanya, sebab tu banyak sangat Facebook tools yang kita boleh manfaatkan, terutamanya untuk bisnes.
Post kali ni akan cerita sedikit tentang Facebook tools, kegunaan dan kebaikkannya. Jom grow bisnes dengan Facebook tools yang sedia ada!
7 Jenis Facebook tools untuk bisnes anda 👇🏻👇🏻👇🏻
1 – Facebook Business Manager
Dengan Facebook Business Manager, anda boleh manage page bisnes dengan lebih efisyen. Banyak tools insights yang membantu kita buat content lebih baik. Banyak juga data macam berapa orang yang tekan link pada post kita, berapa yang tekan gambar dan lain-lain.
Facebook Business Manager ni boleh buat ads. Kita hanya perlu pastikan berapa bajet yang kita nak belanjakan untuk ads, buat copywriting dan creatives, dan Facebook akan pastikan audience kita nampak iklan tu. Ads ni semua boleh juga kita pantau guna Facebook Business Manager.
2 – Facebook Creator Studio
Dengan Facebook Creator Studio pula, juga banyak insight yang boleh kita manfaatkan. Setiap post yang kita buat boleh kita check apa engagement; berapa banyak orang tekan gambar, berapa ramai yang tengok video sampai habis, berapa orang yang kita reach dengan post kita. Dan post boleh dijadualkan pun satu kelebihan guna Facebook Creator Studio.
Untuk jadualkan content guna Facebook Creator Studio pun, bukan takat untuk esok lusa saja. Minggu depan, bulan depan, tahun depan pun boleh jadualkan! Jadi, walaupun social media manager cuti panjang pun, content masih boleh berjalan seperti biasa. Jadi, sebagai bisnes owners, jom manfaatkan Facebook Creator Studio.
3 – Facebook Pixel
Facebook Pixel adalah sebuah Facebook tools yang membantu analytics dan bantu kita check tahap keberkesanan iklan dengan memahami apa tindakan yang diambil di website kita. Maksudnya, dengan pixel ni, kita dapat track apa yang pelanggan buat masa mereka masuk ke website kita. Mungkin ada yang scroll saja-saja. Mungkin ada yang tekan sana sini tapi tak checkout. Ada pula yang dah nak checkout, tiba-tiba hilang.
Tiga benefit Facebook Pixel ni adalah:
- Boleh pastikan iklan kita sampai ke audience yang betul.
- Bawa lebih banyak sales untuk bisnes
- Ukur keberkesanan ads kita
Semua ni kita boleh track kalau kita guna Facebook Pixel ni. Jadi, bisnes yang nak grow memang wajib guna Facebook Pixel ni! Boleh cari cara untuk pasang Facebook Pixel macam video ni, tapi kalau anda nak Monocal buatkan pun boleh, jom isi detail disini 👀
4 – Facebook Group
Hampir semua orang yang guna Facebook tahu pasal Facebook Group. Mungkin pernah masuk group atau jadi admin dan buat group, dan fungsi group Facebook ni sama saja sejak azali. Facebook tools yang ni secara spesifiknya adalah untuk pastikan kita ada komuniti. Bila ada komuniti dengan interest yang sama, kita lebih senang nak catch up dengan trend semasa berkaitan interest tu.
Jadi, bisnes owners perlu manfaatkan Facebook Groups ni dan pastikan group tu aktif dengan berita semasa berkaitan produk baru, restok produk atau mungkin nak cari ejen, semua boleh post dalam group. Dengan guna group, ahli group akan dapat notification bila ada post baru, berbanding tiada group dan bergantung dengan post pada page Facebook brand saja.
5 – Facebook Chatbot
Facebook Chatbot juga dikenali sebagai Facebook Messanger Bot, pun tools berguna yang patut dimanfaatkan semua bisnes owners. chatbot ni boleh mengganti social media manager (sikit). Chatbot ni macam namanya sendiri adalah untuk “chat” dan dia sebuah “bot” dimana dia akan borak dengan pelanggan yang ada soalan yang kita selalu dengar macam kedai dimana, berapa harga produk dan sebagainya.
Kebanyakkan bisnes tak cukup tangan nak tengok chat, sediakan produk, pantau sales, marketing semua sekaligus. Jadi, chatbot ni boleh membantu bisnes menjawab soalan basic. Kita boleh set Frequently Asked Questions menggunakan chatbot dan bila ada orang yang pertama kali kenal brand dan berminat nak tahu lebih lanjut, chatbot bantu dengan beri jawapan yang kita set. Ni contoh chatbot:
6 – Facebook Mobile Studio
Facebook Mobile Studio adalah penyelamat bagi bisnes yang kekurangan creative team. Facebook Mobile Studio adalah tools untuk buat creatives bagi produk atau servis anda! Dari segi video, gambar, carousel, semua tools ni boleh bantu. Dan semuanya boleh dibuat dari phone! Jadi, tak perlu runsing nak cari PC atau laptop untuk buat creatives material untuk ads.
Yang lebih membantu lagi, Facebook Mobile Studio ada tutorial untuk pastikan iklan kita menarik. Dengan gambar, video, vertical video, semua Facebook bantu. Jadi, rugilah kalau tak gunakan, betul tak? Jadi, pastikan bisnes anda manfaatkan Facebook Mobile Studio. Tapi, kalau dah ada creative team, tak perlu pun. Tool ni bagi bisnes yang tiada creative team tapi nak creative yang hebat dengan tunjuk ajar Facebook.
/
7 – Facebook Ads Library
Facebook Ads Library adalah tools yang sangat rugi kalau tak gunakan! Free saja, dan kita boleh rujuk iklan dari mana-mana brand! Facebook Ads Library ni adalah dimana Facebook simpan semua ads yang running di Facebook, worldwide! Sebab tu dipanggil library. Apa-apa iklan yang kita ada nampak waktu scroll Facebook, mesti ada di Ads Library.
Tiada idea nak buat iklan macam mana untuk niche investment? Jom rujuk ads library. Tak tahu bentuk iklan untuk niche jewellery? Jom rujuk ads library. Dan untuk gunakan ads library juga tak susah, cuma perlu pergi ke link ads library, masukkan category yang kita nak tengok, kawasan yang kita nak tengok, dan apa-apa jenama yang kita nak rujuk. Kita boleh juga guna ads library ni untuk tengok iklan pesaing macam mana 👀
Untuk post kali ni, pendek ni saja penerangan untuk setiap Facebook tools yang ada. Kalau anda taknak terlepas post akan datang, jom subcribe di sini sekarang atau join channel Telegram.
Nak post yang jelaskan lebih lanjut? Jom tweet Monocal, atau mention di Instagram dan Facebook dengan apa yang anda nak tau lebih lanjut, dan Monocal akan buat content tersebut 🤩
Permalink