contoh copywriting instagram

Contoh Copywriting Instagram Untuk Anda Di 2022!

Anda ada berniaga menggunakan Instagram? Post ini semestinya sesuai untuk anda!

Kami bawakan beberapa contoh copywriting Instagram dari beberapa produk dan jenama yang anda boleh lihat dan pelajari. Kami akan ulas beberapa elemen kekuatan dan kelemahan dari setiap iklan Instagram yang kami tunjukkan disini.

Semua iklan-iklan dibawah adalah dalam bentuk Instagram Stories. Kami hanya memfokuskan iklan dengan format Stories, dan bukan Instagram Feed, kerana kami berpendapat iklan di Instagram Stories lebih berkesan berbanding iklan di Instagram Feed.

Sebagai penafian, kami kumpulkan iklan-iklan ini menerusi Facebook Ad Library. Tetapi iklan-iklan ini adalah iklan yang kami sendiri nampak didalam Instagram Stories kami, dan kami cari kembali di dalam Ad Library, dan tunjukkannya kepada anda.

1. Toyota

contoh copywriting instagram Toyota V1
Iklan Instagram Toyota
contoh copywriting instagram Toyota V2
Iklan Instagram Toyota
contoh copywriting instagram Toyota V3
Iklan Instagram Toyota

Iklan-iklan diatas adalah siri iklan yang dibawakan oleh Toyota.

Iklan-iklan ini adalah dalam format Stories, dan menggunakan gambar pegun (still images).

Fokus iklan-iklan ini adalah kempen kesedaran jenama (brand awareness) yang mempunyai CTA untuk mengajak pengguna Instagram untuk follow akaun Instagram Toyota.

Kekuatan Iklan Instagram Stories Toyota

Kekuatan jenama Toyota

Toyota menggunakan kekuatan jenama dan produk yang dimilikinya untuk menarik minat pengguna media sosial. Produk-produk keluaran mereka sememangnya popular dikalangan pengguna.

Copywriting dan mesej yang ringkas

CTA untuk ketiga-tiga iklan diatas sangat mudah, iaitu “See More” dan “Join the Adventure”. Toyota mencipta rasa ingin tahu dikalangan orang yang berminat dengan kenderaan keluaran mereka dengan CTA ini. Mereka tidak perlu menggunakan helah dan trik untuk membuat iklan yang berkesan, kerana Toyota adalah pengeluar kenderaan yang terbesar didunia untuk tahun 2020.

Iklan pertama – Toyota LQ

Toyota ingin menunjukkan kecanggihan teknologi mereka melalui gambar kereta konsep Toyota LQ.

Iklan Kedua – Toyota Hilux

Toyota menyerlahkan ciri-ciri kelasakan dan maskulin didalam siri produk Toyota Hilux mereka.

Iklan ketiga – Toyota Camry

Toyota Camry adalah penawaran segmen mewah dari Toyota, dan segmen mewah adalah sasaran untuk iklan ini.

Kelemahan iklan Instagram Stories Toyota

Kekurangan video

Pada pendapat kami, mungkin Toyota boleh membuat beberapa variasi format iklan yang bebeza antara video dan gambar pegun. Kami di Monocal sentiasa berpegang bahawa setiap pendekatan yang diambil didalam proses marketing kami mestilah diuji terlebih dahulu.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

2. Vaska

contoh copywriting instagram Vaska Wallet V1
Iklan Instagram Vaska
contoh copywriting instagram Vaska Wallet V2
Iklan Instagram Vaska

Iklan diatas adalah siri iklan video berformat Instagram Stories yang dikeluarkan Vaska, sebuah syarikat Malaysia yang mengeluarkan dompet dan beg untuk lelaki.

Iklan Vaska merupakan salah satu contoh copywriting Instagram yang tidak menggunakan teks, tetapi dibuat menggunakan audio penceritaan.

Kekuatan Iklan Vaska

Penceritaan Manfaat Produk Yang Jelas

Vaska menggunakan pendekatan video demo sambil menceritakan fungsi can cara penggunaan produk dompet mereka.

Dari video diatas, kita faham bahawa mereka memfokuskan dua jenis dompet; pertama dengan fungsi bahagian yang boleh diceraikan secara magnetik, dan kedua, mempunyai bahagian peluncur (slider) untuk beberapa kad.

Fungsi dan manfaat dompet-dompet ini dijelaskan dengan lancar. Dengan cara penyampaian yang bersahaja, kami agak tertarik dengan iklan seperti ini.

Kelemahan Iklan Vaska

Kekurangan Teks

Kami berpendapat jika Vaska memasukkan sedikit teks didalam video mereka, atau sekurang-kurangnya meletakkan caption yang boleh dibaca, iklan ini boleh menjadi lebih berkesan. Menurut Hubspot, hanya 29% pengguna Instagram yang membuka audio ketika melihat Stories. Pastinya penggunaan caption dan copywriting berbentuk teks akan membantu keberkesanan iklan ini.

 

3. Sitting Pretty – Halo Hair Extension

contoh copywriting instagram Sitting Pretty
Iklan Instagram Sitting Pretty

Iklan diatas adalah produk Halo Hair oleh Sitting Pretty, aksesori rambut palsu yang digunakan untuk penyambungan rambut. Kami sukakan pelbagai elemen dan kami jadikan contoh copywriting Instagram yang bagus? Kami ulas lebih lanjut dibawah.

Kekuatan Iklan Sitting Pretty Halo Hair Extension

Video iklan yang lengkap

Pada pendapat kami, video iklan yang digunakan Sitting Pretty adalah satu video iklan Instagram yang lengkap.

Ciri-ciri yang kami suka terdapat didalam video ini iaitu:

  • Headline yang menyelesaikan masalah pengguna dan mempengaruh emosi pengguna pada masa yang sama – “Get the hair of your dreams in seconds”
  • Cara penggunaan yang mudah ditunjukkan langkah demi langkah.
  • Fokus pada imej-imej yang menunjukkan hasil yang bakal pengguna dapat apabila menggunakan produk ini.
  • Testimoni dari pelbagai pengguna beserta gambar mereka apabila menggunakan produk ini.
  • Muzik yang nyaring dan menangkap perhatian pengguna.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Kelemahan Iklan Sitting Pretty Halo Hair Extension

Tiada.

Kami tidak menjumpai kelemahan yang ketara untuk iklan ini. Pendapat kami, iklan ini berkemungkinan mempunyai beberapa variasi untuk tujuan ujikaji, dimana pengiklan akan mencuba beberapa sudut copywriting (copywriting angle) dan variasi video untuk mendapatkan varian mana yang paling berkesan untuk mendapatkan jualan.

Penafian: Kami tidak menjual, memaksa atau pun menggalakkan penggunakan aksesori yang membolehkan penyambungan rambut dibuat. Hukum menyambung rambut adalah haram disisi agama Islam. Anda boleh baca lanjut tentang hukum menyambung rambut yang pernah dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Kami hanya menyentuh aspek iklan, marketing, psikologi dan yang berkaitan untuk tujuan pembelajaran dalam meningkatkan kualiti pemasaran audiens kami.

 

4. Celsius Coffee

contoh copywriting instagram Celcius Coffee
Iklan Instagram Celsius Coffee

Iklan diatas merupakan salah satu iklan yang kami pilih sebagai contoh copywriting Instagram yang bagus. Mengapa? Kami akan ulas lebih lanjut dibawah.

Produk yang dipaparkan merupakan kopi botol yang dikeluarkan oleh Celsius Coffee, syarikat dari Malaysia yang memfokuskan produk berasaskan kopi botol.

Kekuatan Iklan Celsius Coffee

Penggunaan Elemen ASMR Dalam Iklan

Jarang sekali kita dapat tonton iklan berunsur ASMR di Malaysia, lagi-lagi iklan ASMR yang berkesan.

Kajian menunjukkan ASMR mampu membangkitkan pengalaman berkaitan sesuatu barang atau produk yang terlibat. Emosi dan perilaku penonton ASMR akan diaktifkan, dan boleh mempengaruhi emosi penonton dengan lebih berkesan.

Kali terakhir ia digunakan secara efektif ketika McDonald’s Malaysia melancarkan semula kempen Ayam Goreng McD pada tahun 2017. Intipati iklan ini mudah sahaja; untuk menunjukkan kerangupan ayam goreng McDonalds dengan bunyi kerangupan ayam ketika digigit.

Celsius Coffee menggunakan elemen ASMR ini didalam iklan mereka, melalui bunyi ais yang diletakkan didalam cawan dan ketika kopi dikacau bersama ais didalam cawan. Ini membangkitkan emosi mahu mencuba kopi tersebut sendiri, seakan satu arahan secara tidak langsung untuk membeli kopi Celsius Coffee.

Kelemahan Iklan Celsius Coffee

Kekurangan CTA didalam video

Kami berpendapat iklan ini boleh menjadi lebih baik jika diakhir video Instagram Stories ini, diletakkan satu CTA menyuruh penonton klik atau ‘swipe up’ iklan ini. Terdapat kemungkinan besar bahawa penonton yang melihat iklan ini hanya akan swipe kekanan dan tidak swipe up untuk pergi ke laman web Celsius Coffee.

contoh copywriting instagram Quad Lock
Iklan Instagram Quad Lock

Iklan diatas merupakan satu iklan dari Quad Lock dengan format Instagram Stories. Iklan ini merupakan satu contoh copywriting Instagram yang mudah dengan penggunaan pempengaruh (influencer) terkenal.

Quad Lock merupakan satu produk ‘handphone mount’ yang terdiri dari kerangka handphone yang boleh dilekatkan dengan pelekap (mount) yang dipasang di motosikal, kereta, basikal dan sebagainya.

Kekuatan Iklan Quad Lock

Penggunaan sarikata (subtitle)

Kami di Monocal suka dengan video iklan yang menggunakan subtitle atau caption yang selari dengan dialog didalam video iklan tersebut. Sesetengah pengguna media sosial akan membisukan bunyi kerana tidak mahu menggangu orang sekeliling. Penggunaan subtitle membantu mesej video disampaikan.

Iklan Quad Lock menggunakan subtitle untuk seluruh dialog yang disebut oleh Charley Boorman, influencer terkenal yang memfokuskan pengembaraan jarak jauh menggunakan motosikal.

Penggunaan Pempengaruh (Influencer) Yang Tepat

Produk Quad Lock didalam iklan ini mahu memfokuskan golongan penunggang motosikal berkuasa besar. Oleh itu, mereka menggunakan Charley Boorman untuk membantu mempromosikan produk mereka. Penggunaan Charley Boorman terhadap kumpulan sasaran (target market) motosikal berkuasa besar sesuai dan serasi dengan golongan pemilik motosikal berkuasa besar yang berkemungkinan besar sangat mengenali influencer ini didalam kumpulan mereka.

Kelemahan Iklan Quad Lock

Tiada

Kami berpendapat iklan ini menepati kumpulan sasaran yang mahu disasarkan; golongan penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Rata-rata mereka dari golongan ini adalah terdiri daripada lelaki berkerjaya profesional ataupun mempunyai perniagaan sendiri. Mereka ini orang yang tidak gemarkan perkara-perkara meleret. Oleh kerana itu, iklan Quad Lock ini sangat pendek, berterus terang dan ringkas.

Manfaat dan fungsi produk dinyatakan didalam satu ayat, bersama demo pendek didalam video berdurasi 15 saat ini dengan CTA menuju ke laman web Quad Lock.

Malah, didalam variasi lain video Quad Lock, mereka menggunakan Chris Froome, antara pelumba basikal yang paling berjaya, sebagai influencer produk mereka.

Penutup

Kami telah tunjukkan kepada anda beberapa iklan yang boleh dijadikan contoh copywriting Instagram yang anda boleh pelajari dan ambil contoh daripadanya.

Tidak semua iklan video Instagram memerlukan copywriting dalam bentuk tulisan, seperti iklan Celsius Coffee yang menggunakan elemen ASMR sebagai paksi iklan mereka. Anda perlu kreatif dan sentiasa mencuba pelbagai variasi copywriting dan bentuk iklan untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan sesuai dengan kumpulan sasaran yang anda sasarkan.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Leave a comment