3 Sebab Disabled Facebook Ads Account Dan 2 Penyelesaian
Bila ads account disabled, ada segelintir bisnes owners yang baru nak berjinak dengan Facebook ads akan panik. Mungkin sebab tak tahu nak buat apa lepas tu, atau mungkin sebab tak tahu kenapa ads account jadi disabled.
Ads account disabled, susah la kan nak run ads, nak dapat leads, nak dapat sales.
Jadi, post kali ni nak cerita pasal ads account, sebab disabled dan macam mana nak selesaikan serta pastikan perkara ni tak berulang. Jom baca sini.
Sebab Ads Account Disabled
1 – Langgar polisi.
Mengikut polisi Facebook macam post kita yang lepas, bila ads kita langgar polisi, boleh menjadi sebab ads account kita disabled. Tapi, post kali ni nak cerita common mistakes yang orang buat supaya kita lebih berhati-hati.
- i – Buat assumption dengan guna kata “anda”, “you”, “you” dan seangkatan dengannya terlalu banyak. Bila terlalu banyak, Facebook automation akan assume yang ads kita misleading claims tentang pembaca, dan melanggar polisi Facebook.
- ii- Guna hurut besar sahaja. Baca pun nampak tak sopan, jadi Facebook akan terus ‘flagged’ ads sebagai inappropriate.
- iii – Landing page bermasalah. Mungkin salah letak link landing page, atau landing page terlalu banyak pop-up, atau landing page ada claim senang buat duit. Bukan ads saja perlu patuh polisi, landing page juga sama.
- iv – Tak guna trademark Facebook dengan betul. Contohnya macam guna ‘fb’, ‘FB’, ‘facebook’ atau ‘face book’ dalam ads.
Bila terlalu banyak ads yang ‘flagged’, itulah yang menjadikan ads account kita disabled. Tapi, macam mana pula kalau ads dah lama run, tiba-tiba flagged dan account disabled? Ini sebabnya lain pula:
- i – Ads run terlalu lama sampai orang bosan dan report atau hide ads.
- ii – Mungkin Facebook ada update baru yang menyebabkan ads tu tak lepas review kali kedua.
Bila ads kita dah banyak kali melanggar polisi, dah banyak kali flagged, Facebook akan anggap account kita satu risiko untuk platform Facebook, sebab tu account kita akan disabled.
2 – Individu mencurigakan
Antara sebab Facebook anggap kita individu mencurigakan adalah bila kita ada banyak Facebook account. Dah banyak Facebook account dan kita bertukar-tukar account, agak suspicious dan nampak macam scammer. Jadi, Facebook pun terus disable ads account.
Mungkin juga kita baru buat account Facebook baru personal untuk asingkan yang lama berhabuk, dan terus jadi admin, juga akan flagged sebab Facebook tak percaya kita baru buat Facebook terus jadi admin business account.
3 – Tak sengaja disabled
Bagi kes ni pula, mungkin Facebook tersalah disable secara tak sengaja, jadi ini bukan salah kita dan kita boleh tenang.
Tak perlu panik, jom selesaikan masalah ads account disabled ni.
Cara Selesaikan Masalah Ads Account Disabled
Walaupun dah disabled, jangan panik. Kita boleh restore account kita dengan 2 langkah mudah.
- 1 – Live Chat dengan wakil Facebook.
Pergi ke Facebook Business Help Center home dan tekan Get Started > Get Support > Chat.
Lepas kita click Chat, Facebook akan beri kita Contact Support form yang kita perlu isi. Lepas dah isi, klik Start Chat.
- 2 – Isi dua borang
Kalau kita taknak live chat dengan wakil Facebook, kita boleh isi borang. Kita boleh dapatkan ad review dengan mengisi borang ni.
Kalau kita rasa macam Facebook ada buat silap yang menjadikan account kita disabled, isi borang ni secara detailed. Lepas dah hantar borang ni, check Facebook Help Center. Bila dah lepas review, kita akan dapat response di inbox Help Center support kita
Jadi, dah tahu macam mana nak selesaikan, jangan risau dan panik lagi dah. Lepas ni boleh dapatkan balik ads account kita. Kalau tak ingat, boleh bookmark blog post ni supaya boleh rujuk bila perlu.
Kalau nak Monocal jaga ads account anda, jom jadi client Monocal dengan isi details di sini dan kalau taknak terlepas blog post, jom subscribe di sini 🤩
Jangan lupa follow Monocal di Instagram dan Twitter, serta like page Facebook Monocal untuk lebih banyak tips menarik tentang Facebook ads dan marketing.