Facebook Marketing Strategy: 6 Tips Marketing Gunakan Facebook
Ramai yang ada masalah nak mulakan bisnes dengan Facebook. Walaupun kebanyakkan bisnes ada Facebook page, tapi tak semua orang tahu macam mana nak manfaatkan Facebook sepenuhnya dengan buat Facebook marketing.
Facebook boleh buat lebih daripada jadi platform media untuk bersosial. Jadi, post kali ni nak cerita sikit macam mana nak mula buat Facebook Marketing Strategy yang akan gunakan Facebook sepenuhnya.
Jom baca sini 👇🏻👇🏻👇🏻
1 – Tentukan dan berinteraksi dengan audience
Untuk pastikan Facebook kita dapat sampai ke skrin phone audience yang kita nak, kita perlu tentukan siapa audience kita.
Soalan macam berapa umur audience? Duduk dimana mereka? Jantina apa? Mereka kerja apa? Apa halangan yang mereka hadapi? Macam mana dan bila mereka guna Facebook ?
Facebook ada built-in Audience Insight tools yang boleh bantu bisnes kecil mahupun besar. Kita boleh masukkan detail audience yang kita nak, dan Facebook akan pastikan page Facebook kita sampai ke skrin potential customer kita.
Jadi, pastikan kita tahu siapa pelanggan kita, macam mana pelanggan yang ideal untuk bisnes kita, siapa yang perlukan servis atau produk kita. Barulah Facebook boleh carikan audience untuk kita.
2 – Pastikan matlamat
Bisnes kita perlukan matlamat untuk capai kejayaan 🚀🚀🚀 Bila ada matlamat yang jelas, baru kita boleh susun aktiviti untuk capai matlamat tu dengan jelas.
Apa indicator yang menunjukkan bisnes kita berjaya dengan Facebook marketing? Kebanyakkan bisnes ada indicator yang sama: sales meningkat. Tapi, kita perlu spesifikkan juga indicator kita. Mungkin dari segi audience Facebook yang kita capai. Mungkin pula dari segi pelanggan baru yang kita dapat.
Indicator yang mungkin tak jelas pula mungkin macam pelanggan puji customer servis kita terbaik. Atau mungkin pelanggan suka berinteraksi dengan kita. Itu pun salah satu indicator yang bisnes kita berjaya.
Jadi, kita perlukan matlamat; kejayaan tu berbentuk apa yang kita nak? Bila dah ada matlamat, kita dan team boleh usaha banyak-banyak untuk capai matlamat tu menggunakan Facebook.
3 – Pelan & jadualkan content
Untuk content, kita perlu pastikan yang content Facebook marketing kita beri nilai pada audience. Formula yang bagus untuk ni adalah 80-20. 80% content perlu beri nilai pada audience, dan 20% barulah kita promote barang atau servis.
Dengan Facebook, kita boleh bina trust dan relationship antara bisnes dan audience, jadi, jangan lepaskan peluang ni. Content yang kita pelan tu perlu sesuai dengan audience kita. Dan bila dah post, lebih bagus kalau ada engagement dan interaksi dari bisnes terus ke audience.
Untuk jadualkan content ni, boleh guna Facebook Creator Studio. Dengan Creator Studio ni kita boleh jadualkan content untuk seminggu, sebulan akan datang. Untuk promosi produk atau servis pun boleh juga jadualkan. Jadi, kalau kita cuti, tak perlu risau Facebook page tiada content. Boleh jadualkan sebelum cuti.
4 – optimize page untuk engagement
Ada banyak cara untuk optimize page, tapi yang utamanya, pastikan profile picture dan cover page Facebook page anda ada logo brand anda. Bila audience nampak profile picture tu terus tahu brand dan logo.
Selain tu juga, kita perlu hasilkan content yang boleh orang share. Lagi shareable content, lagi orang share dan lagi banyak engagement pada posting kita. Jadi, berbalik kepada formula 80-20 tadi.
Selain tu, untuk optimize juga kita perlu respond pantas pada audience. Mungkin ada komen dari audience, atau ada re-share pada status. Jadi kita kena jadi orang terawal untuk engage dengan audience juga.
5 – A/B Split Test
Untuk check keberkesanan strategi kita, boleh juga kita buat A/B Split test. Split test ni banyak benda kita boleh buat, contoh macam audience, creatives, copywriting, headline pun boleh! Split test ni kita nak tengok ads mana yang lebih berkesan dan orang lebih suka.
Mungkin orang lebih suka tengok iklan video daripada gambar, atau mungkin orang lebih suka tengok iklan video ada subtitle daripada video yang kosong tiada subtitle. Mungkin juga orang suka jenis copywriting yang pendek tapi mungkin untuk produk atau servis lain orang suka copywriting panjang.
Jadi, testing ni akan membantu kita buat iklan yang paling mantap sebab kita boleh gabungkan elemen yang kita dah test tadi. Dan bila kita test audience pun akan beri manfaat pada result dan revenue yang kita akan dapat. Semua menggunakan Facebook ads, kita hanya perlu ada strategy.
6 – Track dan analisis hasil
Dah tentukan audience? Dan interact dengan audience? Dah pastikan content apa yang post? Dah ada matlamat? Dah optimize page? Dah buat split test? Pastikan lepas dah buat semua tu ada tracking dan analisis.
Perlu kaji kenapa content ini atau itu engagement lain. Perlu kaji juga audience suka interaksi macam mana, dari komen ke, live ke, product post ke. Check setiap benda ni, dan check hari-hari. Bila hari-hari ada perubahan baru audience excited nak interact dengan kita.
Dan perlu improve setiap hari dengan perubahan dan tracking untuk pastikan content sesuai dengan audience.
Untuk post kali ni, ini saja sharing pasal Facebook marketing bagi beginners. Jom subscribe untuk artikel akan datang tentang cara gunakan Facebook tools untuk marketing anda!
Untuk anda yang nak Monocal buatkan marketing, jom isi detail di sini.
Jom follow Monocal di Twitter, Instagram dan jangan lupa like page di Facebook. 🚀🚀�